Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MForce Bike Jadi Pengimport, Pemasang, Pengedar Rasmi Jenama YADEA di Malaysia
Auto Terkini

MForce Bike Jadi Pengimport, Pemasang, Pengedar Rasmi Jenama YADEA di Malaysia

ShawkathBy Shawkath06/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) menandatangani satu perjanjian bersama wakil YADEA untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengimpor, pengedar dan pemasang rasmi skuter elektrik jenama China itu untuk pasaran Malaysia.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Dewan D, MAEPS di Serdang, Selangor bersempena pameran Malaysia Autoshow 2023 selepas sesi demonstrasi tunggangan lagak ngeri CFMoto di kawasan pekarangan belakang dewan sama.

Sebaik selepas menandatangi perjanjian bersama pihak YADEA, MForce Bike kini dalam proses mendapatkan kelulusan VTA daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk pensijilan standard MS 2413 (SIRIM).

Mode YADEA akan diperkenalkan sebagai produk pemasangan tempatan (CKD) dan jika semua urusan dengan pihak berkuasa berjalan lancar, barisan produk dijangka memasuki pasaran seawal Ogos ini.

Antara model yang bakal diperkenalkan ialah skuter elektrik mampu milik dan kompetitif, YADEA E8S.

Ruang pameran YADEA di MAEPS, Serdang di Selangor kini menempatkan lima produk skuter dan motosikal elektrik termasuk satu model e-skuter untuk tontonan orang ramai.

Berikut ialah senarai harga dan galeri foto lima model yang ada di reruai YADEA:

  • YADEA Y1S PRO : RM12,800
  • YADEA VOLTGUARD :  RM18,000
  • YADEA C1S PRO : RM18,900
  • YADEA E8S : RM5,800
  • YADEA G5S
  • YADEA KEENESS : RM21,600

Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

YADEA C1S PRO

YADEA G5S

YADEA E8S

YADEA VOLTGUARD

YADEA KEENESS

 

autoterkini MForce Bike Holding Sdn Bhd roda2 skuter elektrik YADEA Malaysia
Shawkath

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.