Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Maybach S 680 Edition Emerald Isle, V12 621 hp/900 Nm, 25 Sahaja Untuk A.S
Auto Terkini

Mercedes-Maybach S 680 Edition Emerald Isle, V12 621 hp/900 Nm, 25 Sahaja Untuk A.S

Abang HirataBy Abang Hirata13/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Maybach memperkenalkan S 680 Edition Emerald Isle yang diinspirasikan daripada keindahan pantai Central Coast di California.

Model edisi khas ini menampilkan kemasan eksklusif dan perincian buatan tangan yang mencerminkan landskap pantai ikonik di rantau tersebut.

Hanya 25 unit akan dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat, dan penghantaran ke bilik pameran dijadualkan bermula musim luruh (September hingga November) 2025.

Ciri utama rekaan luaran dan dalaman termasuk:

  • Inspirasi daripada pokok Monterey cypress dan pantai berpasir putih di Pebble Beach
  • Warna badan dwi-tona eksklusif: MANUFAKTUR Exclusive Mid Ireland Green Metallic dan MANUFAKTUR Moonlight White Metallic
  • Kemasan badan disiapkan di pusat MANUFAKTUR di Sindelfingen, Jerman, dengan tahap ketelitian tertinggi
  • Aksen krom luaran dan rim tempa 21 inci Maybach Exclusive Flute Multi-Spoke
  • Kulit Nappa MANUFAKTUR Exclusive Light Brown dijahit tangan meliputi tempat duduk, papan pemuka, konsol, panel pintu, stereng, bantal keselesaan di tempat duduk belakang dan meja lipat
  • Lapisan bumbung kulit Nappa hitam MANUFAKTUR dengan corak berlian di bahagian tengah sepadan dengan jahitan terperinci di seluruh kabin
  • Kemasan MANUFAKTUR Black Piano Lacquer Flowing Lines dan aksen krom perak untuk kontras elegan
  • Lencana Edition Emerald Isle 1 of 25 dengan rekaan bunga Maybach pada pintu konsol tengah hadapan
  • Ambang pintu Maybach dengan rekaan bunga
  • Permaidani lantai dan ruang kargo berbulu tebal dengan pelapik kulit Nappa Light Brown dan logo Mercedes-Maybach bersulam

Ciri kelengkapan keselesaan dan kemewahan lain termasuk:

  • Pakej Executive Rear Seat Plus dengan konfigurasi empat tempat duduk kelas pertama
  • Peti sejuk di kabin belakang
  • Gelas Maybach
  • Mercedes-Maybach bekerjasama dengan penggiat seni untuk menghasilkan wangian khas yang dituangkan secara tangan khusus untuk sistem udara kabin Air Balance pada Maybach S 680 Edition Emerald Isle
  • Wangian lembut ini mengandungi aroma pokok cypress, dan garam laut yang mengingatkan kepada suasana Central Coast, California
  • Setiap botol wangian disertakan pembungkusan dengan karya seni Lone Cypress dari Pebble Beach
  • Kotak hadiah buatan tangan dari MANUFAKTUR Studio, dilapisi kulit Nappa Light Brown, memuatkan dua kunci kenderaan dan sebotol wangian tambahan

Mercedes-Maybach S 680 Edition Emerald Isle dipacu oleh enjin 6.0 liter V12 Biturbo buatan tangan yang menghasilkan 621 hp dan 900 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan dan pacuan semua roda 4MATIC.

Suspensi udara AIRMATIC dengan Adaptive Damping System memastikan keselesaan yang optimum.

Maybach Mercedes-benz Mercedes-Maybach Mercedes-Maybach S 680 Mercedes-Maybach S 680 Edition Emerald Isle
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.