Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-BENZ kini melangkah ke era baharu menerusi pengenalan van elektrik VLE dengan jarak gerak melebihi 700 km dan pelbagai teknologi canggih.

VLE merupakan model pertama yang dibangunkan menggunakan Van Architecture yang bersifat modular, fleksibel, serta boleh skala.

VLE menggabungkan kualiti pemanduan dan pengendalian sebuah limosin (panggilan Mercedes-Benz) dengan aspek praktikaliti serta versatiliti sebuah MPV.

Berbanding MPV Jepun seperti Lexus LM, Alphard atau Vellfire, VLE bersaing terus dengan model dari China seperti Zeekr 009, Denza D9, Xpeng X9 dan beberapa lagi.

Reka Bentuk Luaran dan Aerodinamik

Penggunaan senibina Van Architecture membolehkan VLE tampil dengan estetika inovatif yang menawan.

Ia menampilkan gayaan rendah yang diperkemas bagi memastikan kecekapan udara yang luar biasa. Hasilnya, VLE mencatatkan pekali seretan (Cd) serendah 0.25, yang merupakan angka sangat impresif bagi sebuah kenderaan bersaiz besar.

Rekaan ini bukan sahaja mementingkan gaya, malah menyumbang secara langsung kepada prestasi jarak gerak yang lebih jauh.

Fleksibiliti Ruang Dalaman dan Sistem Kerusi

Ruang kabin VLE direka untuk memuatkan sehingga lapan penumpang dengan tahap keselesaan yang tinggi.

Pengguna ditawarkan dengan sistem Roll & Go manual di mana kerusi dilengkapi dengan empat roda bersepadu untuk memudahkan pergerakan ke hadapan atau belakang, dikunci pada mana-mana posisi, atau dikeluarkan terus dari kabin dengan mudah.

Bagi pilihan elektrik, fungsi Remote Variable Rear Space membolehkan pelarasan kerusi dilakukan melalui aplikasi atau menu utama pada papan pemuka.

Mercedes-Benz turut memperkenalkan kerusi Grand Comfort elektrik yang dilengkapi dengan bantal tambahan, pengecasan tanpa wayar, sokongan lumbar, fungsi urutan dan sokongan betis.

Teknologi Infotainment MBUX dan MB.OS

Aspek digital dikuasakan oleh Mercedes-Benz Operating System atau MB.OS yang menggunakan kecerdasan buatan AI.

Sistem ini merangkumi MBUX Virtual Assistant yang mampu memahami perbualan kompleks dengan memori serta bertindak balas secara natural.

Di bahagian hadapan, MBUX Superscreen merangkumi tiga unit paparan dengan bahagian pemandu bersaiz 10.25 inci, skrin pusat 14 inci dan skrin penumpang hadapan 14 inci.

Penumpang belakang pula menikmati MBUX Rear Space Experience menerusi skrin panoramik 8K bersaiz 79 31.3 inci yang boleh ditarik balik dari siling, lengkap dengan fungsi pembahagi skrin dan kamera 8 megapiksel.

Keselesaan Pemanduan dan Pengendalian

Bagi memastikan mutu pemanduan yang tenang, VLE dilengkapi sistem suspensi udara AIRMATIC yang mempunyai kawalan ketinggian sebanyak 40 mm.

Selain itu, sistem stereng gandar belakang dengan sudut 7 darjah memberikan kelincahan luar biasa, membolehkan VLE mencatatkan radius pusingan dari tembok ke tembok hanya 10.9 meter, sekali gus memudahkan pergerakan di kawasan sempit atau tempat letak kereta bertingkat.

Rangkaian Kuasa dan Varian

Varian pertama yang akan dilancarkan ialah VLE 300 elektrik yang menjana kuasa 203 kW (276 ps). Dengan jarak gerak melebihi 700 km (WLTP).

Seterusnya, Mercedes-Benz akan memperkenalkan varian tertinggi iaitu VLE 400 4MATIC elektrik. Model prestasi ini mampu menghasilkan kuasa melebihi 300 kW (408 ps) dan berupaya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.5 saat.

Kedua-dua model menggunakan teknologi bateri NMC baharu dengan kandungan tenaga boleh guna sebanyak 115 kWj.

Pada tahun hadapan, dua lagi model akan menyusul dengan penggunaan bateri lithium-iron-phosphate-cathode (LFP) yang menawarkan kandungan tenaga boleh guna sebanyak 80 kWj.

Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemandu

Sistem bantuan pemanduan MB.DRIVE ditawarkan untuk memudahkan pengendalian. Ciri standard termasuklah Distance Assist DISTRONIC.

Pilihan tambahan MB.DRIVE ASSIST pula membawakan fungsi stereng separa autonomi di lebuh raya serta Lane Change Assist yang membolehkan penukaran lorong dilakukan secara automatik hanya dengan mengaktifkan lampu isyarat membelok.

Spesifikasi Mercedes-Benz VLE

  • Varian VLE 300 elektrik: 203 kW (276 ps)
  • Varian VLE 400 4MATIC elektrik: Melebihi 300 kW (408 ps)
  • Pecutan 0 ke 100 km/j (VLE 400): 6.5 saat
  • Kapasiti bateri NMC: 115 kWj
  • Kapasiti bateri LFP: 80 kWj
  • Jarak gerak elektrik: Melebihi 700 km (WLTP)
  • Pengecasan pantas (15 minit): 355 km
  • Teknologi sistem: 800 volt
  • Penggunaan tenaga (VLE 300): 20.4 hingga 18.6 kWj pr 100 km
  • Pekali seretan: 0.25 cd
  • Konfigurasi penumpang: Sehingga 8 orang
  • Saiz skrin belakang: 31.3 inci resolusi 8K
  • Paparan pemandu: 10.25 inci
  • Paparan tengah dan penumpang: 35.6 mm (14 inci)
  • Radius pusingan: 10.9 meter
  • Sistem suspensi: AIRMATIC dengan kawalan aras 40 mm
  • Sudut stereng gandar belakang: 7 darjah

Mercedes-Benz VLE 300

Mercedes-Benz VLE 400

EV Mercedes-benz Mercedes-Benz VLE
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.