Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz Lancar Kad Kredit dengan Kerjasama Maybank, Pertama dalam Automotif Malaysia!
Auto Terkini

Mercedes-Benz Lancar Kad Kredit dengan Kerjasama Maybank, Pertama dalam Automotif Malaysia!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize09/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Financial memperkenalkan kad kredit pertama dalam industri automotif seluruh negara hasil perkongsian eksklusif bersama Maybank.

Sebagai sebahagian perkongsian itu, Visa akan menjadi rangkaian pembayaran eksklusif untuk tawaran baharu tersebut. Kad kredit logam hitam berjenama Mercedes-Benz itu tertera imej logo besar dikelilingi corak gril Mercedes-Benz GLC 300 4Matic (2023).

Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, kad kredit Mercedes-Benz itu direka untuk memperkaya pengalaman pemegang kad yang juga peminat gaya hidup.

Pelanggan kami kini boleh memiliki bintang bucu 3 berharga yang bukan saja di garaj, tetapi juga dalam dompet,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank dan Ketua, Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan, B Ravintharan berkata;

Selaras misi Bank Memanusiakan Perkhidmatan Kewangan, kami sentiasa melihat peluang baharu dalam trend gaya hidup yang baru muncul untuk menambah baik tawaran pelanggan yang sesuai dengan keperluan dan cara hidup semasa.”

MANFAAT KAD KREDIT MERCEDES-BENZ

Pelanggan dapat mengumpul mata ganjaran bagi pembelian terpilih di mana-mana Mercedes-Benz Autohaus seluruh negara apabila menggunakan kad kredit Mercedes-Benz.

Pemegang Kad berhak mendapat diskaun 10 peratus* untuk alat ganti Mercedes-Benz, barangan rasmi dan aksesori selain mengumpul 10x TreatsPoints* bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.

Kad kredit itu juga menawarkan diskaun hingga 8 peratus* untuk Program Waranti Lanjutan Terhad Mercedes-Benz komprehensif dan diskaun hingga 20 peratus* MobilityPlus, program penggantian kereta Mercedes-Benz.

Selain tawaran eksklusif, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran menarik lain seperti 3 peratus pulangan tunai (cashback)  untuk perbelanjaan petrol (terhad RM50 sebulan), keahlian Accor Plus Explorer* percuma, diskaun makan hingga 40 peratus* di Hotel Marriott Bonvoy, yuran hijau percuma* di 100 padang golf seluruh dunia dan banyak lagi.

Pemohon kad Mercedes-Benz yang berjaya akan menikmati pengecualian yuran tahunan dua tahun, manakala yuran tahunan tahun berikutnya akan diketepi dengan perbelanjaan kad terkumpul RM80,000 setahun.

Permohonan terbuka kepada semua yang berpendapatan tahunan minimum RM100,000. Pelanggan berminat boleh memohon kad logam tempahan khas itu di semua pengedar Mercedes-Benz seluruh negara atau layari www.mercedes-benz.com.my/mercedescard untuk maklumat lanjut.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

BACA >>> Mercedes-Benz GLC 300 4Matic (2023) Serba Baharu Lancar Di Malaysia, Harga RM429,888!
BACA >>> Skrin Infotainment Mercedes-Benz E-Class (2024) Boleh Layan TikTok, dan Mesyuarat Maya

Auto Terkini Kad Kredit Kad Kredit Logam Hitam Kad Kredit Mercedes-Benz kad logam Maybank Mercedes-benz
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.