• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz Buka Tempahan Sedan A-Class di Eropah

Mercedes-Benz Buka Tempahan Sedan A-Class di Eropah

September 4, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


MERCEDES-Benz mula menerima tempahan untuk sedan A-Class (2019) di beberapa pasaran Eropah, termasuk Jerman.

Model paling basis ialah A200 yang dipacukan enjin petrol 4 silinder 1.3L (161hp, 250Nm) dengan transmisi manual 6-kelajuan, berharga €30,916.20 (RM148,142), manakala opsyen transmisi dual-klac (DCT) berharga €33,010.60 (RM158,179).

Model berikutnya ialah sedan A220 4MATIC  dengan enjin petrol 2.0L (187hp, 300Nm) berharga €35,431.85 (RM169,781), disusuli A250 dalam versi pacuan roda depan (FWD), harga €37,324.30 (RM178,849) dan pacuan semua roda (AWD) @ 4MATIC, harga €39,525.85 (RM189,398). Dua model itu (250 dan 250 4MATIC) menggunakan enjin petrol 4 silinder 2.0L (221hp, 350Nm).

BACA >>> Mercedes-Benz S-Class Baru - Definisi Sedan Mewah Sebenar, Harga Bermula RM700k

Ketiga-tiga model (A220 4Matic, A250 FWD dan A250 4MATIC) menggunakan kotak gear DCT 7-kelajuan.

2019-mercedes-benz-a-class-sedan-11
2019-mercedes-benz-a-class-sedan-9
2019-mercedes-benz-a-class-sedan-8

Model paling akhir ialah A180d yang menggunakan enjin diesel dCi 1.5L daripada Renault (114hp, 260Nm) dengan transmisi DCT 7-kelajuan pada harga bermula €32,141.90 (RM154,016).

Bergantung versi terpilih, Mercedes-Benz menawarkan beberapa pakej aksesori seperti Style, Progressive dan AMG yang setiap satu tampil berbeza dari segi rupa luaran dan dalaman. Pakej AMG misalnya perlukan tambahan berharga €3,510.50 (RM16,821).

Mercedes-Benz turut menawarkan pakej Leather dan Night sebagai tambahan kepada sistem bantuan pemanduan yang terdiri daripada lampu utama LED multi suluh, opsyen paparan dongak (HUD) dan sistem infotainment MBUX baharu. Ciri lain termasuk lampu ambien, sistem bunyi keliling Burmester, suspensi adaptif, pakej Business, pakej Parking, pakej Kerusi Multi Kontur, bumbung suria panoramik gelungsur dan lain-lain yang setiap satu memberikan harga berbeza.

Sedan Mercedes-Benz A-Class ini dijadualkan berada di pasaran pada awal 2019.

BACA >>> SUV EV - Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km

Akhir sekali ialah sedan Edition 1 dengan tambahan €7,201 (RM34,505) daripada harga basis model yang disebut di atas. Model ini dijangka berada di pasaran setahun selepas pelancaran rasmi dengan tambahan kemasan tembaga untuk rupa luaran, rim aloi ringan multi-spoke AMG 19 inci, lampu utama LED, kerusi sport, lampu ambien dan lain-lain.

GALERI

SUMBER: CarScoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Eropah, Mercedes-benz, Mercedes-Benz A-Class, Mercedes-Benz A-Class Sedan, Roda4, Sedan A-Class

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my