Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023) Masuk Malaysia, Harga Mula RM649k!
Auto Terkini

Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023) Masuk Malaysia, Harga Mula RM649k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan kereta elektrik terbaharu Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ ke pasaran tempatan dengan harga permulaan RM649,888 (termasuk cukai jualan 10 peratus).

Model yang diimport (CBU) dari Jerman itu dilengkapi sistem trenkuasa elektrik (eATS) dengan dua motor sebagai penggerak roda, masing-masing satu di gandar depan dan belakang menjadikannya sedan pacuan semua roda (AWD atau dipanggil sistem 4MATIC).

SISTEM TRANSMISI

  • Dua motor elektrik itu membantu kuasa 625hp (460kW) dengan tork 950Nm, membolehkannya memecut sehingga 100kmj dalam masa 3.5 saat. Kelajuan maksimum diumumkan ialah 220kmj.
  • Pakej AMG Dynamic Plus dan fungsi boost pula membantu meningkatkan prestasi Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ kepada 687hp (505kW) serta tork 1,000Nm serta memendekkan masa pecutan 0-100km kepada 3.3 saat. Kelajuan maksimum menjadi 240kmj.
  • Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ menggunakan pek bateri litium ion 90.56-kWh yang menawarkan jarak pemanduan antara 458km hingga 527km.

PENGECASAN BATERI

  • Ada dua kaedah mengecas pek bateri iaitu pengecasan standard AC (Type 2, 11kW) mengambil masa selama 9 jam 15 minit dari kadar 0 hingga 100 peratus.
  • Pengecasan pantas DC (CCS2, 170kW) pula mengambil masa 32 minit untuk meningkatkan kapasiti bateri dari 10 hingga 80 peratus.

PERINCIAN

Rekabentuk Luaran

  • Mercedes-AMG, gayaan badan AMG, spoiler bawah bampar depan AMG, bumbung gelangsar panoramik dan lampu digital dengan ciri Bantuan Adaptif Lampu Tinggi serta pakej AMG Night.
  • Cakera brek lebih besar 415mm dengan kaliper merah 6-piston (depan), cakera belakang 378mm kaliper piston tunggal. Rim AMG 21 inci.
  • Sistem suspensi angin Airmatic dengan peredam penyelarasan adaptif (ADS+).
  • Dibekalkan program Dynamic Select, pakej AMG Driver dan AMG Track Pace.

Dalaman Kabin

  • Hadir dengan pakej Mercedes-AMG dengan tempat duduk sport, pencahayaan ambien, bumbung fabrik hitam, tali pinggang keledar merah dan pemasan kerusi depan.
  • Pakej AMG merangkumi tikar kaki, roda stereng gentian karbon termasuk butang kawalan, sil pintu bercahaya, trim pintu karbon serta konsol tengah karbon.
  • Skrin digital multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) termasuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio keliling 3D Burmester.
  • Tambahan lain ialah pakej ENERGIZING dan AIR BALANCE.

Ciri Keselamatan

  • Ada pakej Bantuan Tambahan Pemanduan, perlindungan Tambahan URBAN GUARD, pakej parkir dengan fungsi parkir kawalan jauh dan kamera 360º, sistem pemantauan tekanan tayar serta beg udara.
autoterkini Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023) Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.