Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Tiada Rancangan Bina Laluan Khas Motosikal di Lebuh Raya Sedang Beroperasi
Auto Terkini

Menteri: Tiada Rancangan Bina Laluan Khas Motosikal di Lebuh Raya Sedang Beroperasi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERAJAAN buat masa ini tiada rancangan untuk membina kemudahan laluan khas untuk motosikal di lebuh raya yang sedang beroperasi.

Ini disebabkan perkara itu akan melibatkan kos tambahan tinggi kepada Kerajaan kerana skop itu tiada dalam perjanjian konsesi antara pihak Kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata:

Bagaimanapun, pihak Kerajaan akan meneliti perkara ini dalam rundingan cadangan projek lebuh raya baharu pada masa akan datang tertakluk kepada beberapa faktor seperti kadar tol dan tempoh konsesi.”

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen untuk menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu).

LALUAN MOTOSIKAL KHAS DI LPT3

Mengulas tentang cadangan menyediakan laluan khas motosikal di LPT 3, Alexander berkata, perkara itu akan diteliti di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata:

Ini kerana cadangan laluan khas penunggang motosikal ini akan memberikan impak kepada kos pembinaan dan daya maju projek tersebut yang akhirnya akan diimbangi oleh kadar tol tinggi dan tempoh konsesi lebih panjang.“

CARA KURANGKAN ANCAMAN KESELAMATAN DI LORONG MOTOSIKAL

Alexander menyatakan pemantauan aspek keselamatan dilaksanakan menerusi rondaan berkala syarikat konsesi lebuh raya untuk mengurangkan risiko ancaman keselamatan di laluan motosikal.

Beliau berkata, pemantauan turut dilakukan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi berisiko dan strategik di lebuh raya.

Alexandar menjelaskan:

Selain itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal.

“Usaha turut dijalankan LLM dan syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal menerusi kempen keselamatan yang diadakan dari semasa ke semasa serta kerjasama dengan komuniti setempat.”

SUMBER: Harian Metro

autoterkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi lorong khas motosikal roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.