Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Sistem MLFF Dijangka Laksana 2025
Auto Terkini

Menteri: Sistem MLFF Dijangka Laksana 2025

Han OthmanBy Han Othman11/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM pembayaran tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, sistem berkenaan masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya, tetapi Kementerian berharap mendapat persetujuan lebih awal dengan syarikat konsensi terlibat supaya sistem MLFF dapat dilaksanakan lebih cepat pada penghujung 2024.

Pelbagai lagi perkara berkaitan perlu diperhalusi, sebab ia melibatkan syarikat konsesi yang banyak dan melibatkan dari segi perundangan, kawal selia, persediaan membangunkan sistem itu serta teknologi terlibat,” katanya.

Nanta berkata demikian dalam rancangan temu bual Naratif Khas berjudul OPS: Pengurusan Trafik Efisien dan Moden di Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

Beliau berkata sistem MLFF tersebut, akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya meneruai penggunaan sistem tol gantri yang dilengkapi kamera pengesan.

Pada 27 Mac lalu, Nanta mengumumkan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) terpilih sebagai lokasi bukti konsep (POC) MLFF pertama, yang akan dilaksanakan penghujung Oktober 2023.

Sementara itu, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan rangkaian lebuh raya bawah IJM Corporation Bhd (IJM), akan memulakan sistem pembayaran tol OPS atau sistem pembayaran terbuka September ini sebelum diperluas kepada 10 lagi syarikat konsesi terlibat.

OPS ini dapat memberikan pilihan pembayaran (tol) kepada pengguna dengan lebih fleksibel, kerana boleh dibayar menggunakan kad debit, kad Visa ataupun Mastercard. Akan datang, kita (Kementerian Kerja Raya) akan mengambil kira pembayaran e-Wallet,” katanya.

SUMBER: Bernama

Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya (KKR) MLFF Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

11/03/2026
Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.