Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Sasar Tiada Kerosakan LRT dalam Sejuta Kilometer Pertama Sebagai KPI
Auto Terkini

Menteri Sasar Tiada Kerosakan LRT dalam Sejuta Kilometer Pertama Sebagai KPI

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN mensasarkan sejuta kilometer sebagai indeks prestasi utama (KPI) bagi menilai mutu perkhidmatan pengangkutan awam, terutama Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) dikendalikan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sasaran itu mengambil kira sejauh mana tren berkenaan mampu bergerak tanpa mengalami sebarang kerosakan atau gangguan teknikal.

Beliau berkata, sasaran ditetapkan itu membabitkan semua laluan tren dikendalikan Prasarana dan diharap dapat dicapai menjelang suku ketiga 2026.

Sasaran sejuta kilometer itu diletakkan, bermakna kita sasar kerosakan hanya berlaku selepas sejuta kilometer perjalanan bagi setiap tren.

Ketika ini kita mengalami satu situasi tidak begitu memuaskan iaitu untuk Laluan Kelana Jaya, di mana MKBF (kilometer purata antara kegagalan) kita adalah 150,000km iaitu kerosakan teknikal berlaku dalam kadar 150,000km perjalanan.”

Angka itu tidak memuaskan dan mengambil masa untuk dicapai. Justeru sasaran tinggi diletakkan.

Menurutnya, sistem MKBF yang banyak diguna pakai negara lain akan menjadi ukuran penilaian Kementerian Pengangkutan (MOT) terhadap kemudahan pengangkutan dikendalikan Prasarana dan laporan akan didedahkan kepada umum bulan depan.

Menurutnya, bermula Mei, laporan itu akan didedahkan secara terbuka dan dilaporkan setiap bulan, manakala laporan lain akan dinyatakan secara terbuka setiap minggu dari segi penyelenggaraan fasiliti dan juga kondisai kemudahan pengangkutan tren.

Laporan ini biasa dilaporkan kepada MOT dalam mesyuarat pasca Kabinet setiap Rabu, tetapi saya sudah minta bukan saja kepada MOT tapi kepada umum, iaitu Prasarana kena kemas kini dalam Facebook mereka.

Ini pendekatan tak pernah dilaksanakan sebelum ini. Kita mahu ke arah perkhidmatan lebih telus. Kita akan laporkan setiap minggu semua laluan tren kita,” katanya.

Sebelum ini, MOT menetapkan KPI kepada pengurusan Prasarana bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam negara, dengan agensi itu diwajibkan membentangkan laporan setiap minggu membabitkan perkhidmatan tren, bas, lif dan eskalator yang sudah dibaiki dan alami kerosakan.

BACA >>> Tren LRT Laluan Kelana Jaya Tergendala Akibat Masalah Kabel Gagal Salur Elektrik
BACA >>> APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta

SUMBER: BHarian

Anthony Loke Auto Terkini Kelana Jaya Line Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) KPI LRT Menteri Pengangkutan Malaysia MRT Prasarana
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.