Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Lesen Memandu Tetap Boleh Digantung Walaupun Perbaharui 10 Tahun
Auto Terkini

Menteri: Lesen Memandu Tetap Boleh Digantung Walaupun Perbaharui 10 Tahun

Han OthmanBy Han Othman08/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TINDAKAN penguatkuasaan tetap diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan jalan raya walaupun sudah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan.

Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital.

“Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke JPJ Cawangan Seremban hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Justeru Loke berkata, Kerajaan memulakan dasar baharu membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10 peratus jika memperbaharui tempoh 10 tahun.

Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan,” katanya.

PERKASA INTEGRITI

Dalam perkembangan lain, Loke berkata JPJ terus memperkasakan integriti penguatkuasaan bagi mengatasi masalah ‘tonto’ dan penguatkuasaan ditambah baik bagi mengatasi kelemahan dalaman supaya maklumat tidak bocor kepada pihak luar.

Kami tahu ada cubaan mendapat maklumat daripada orang dalaman dan sebagainya, JPJ akan terus memperkasakan integriti. Tonto memang isu yang membelenggu JPJ,” katanya.

Loke berkata, apa jua kaedah digunakan pihak tidak bertanggungjawab tidak akan dapat mencabar undang-undang negara.

Apa pun helah mereka bagi mengelakkan daripada penguatkuasaan, sama ada mengunakan telekomunikasi lebih canggih, JPJ dapat mengatasinya dengan kaedah lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas taktik ‘tonto’ yang kini menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan aktiviti penguatkuasaan JPJ.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Datuk Zailani Hashim Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lesen memandu Malaysia (LMM) Perbaharui Lesen Memandu 10 Tahun
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.