Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Cadangan Lupus Kenderaan Lama Belum Sesuai Dilaksanakan
Auto Terkini

Menteri: Cadangan Lupus Kenderaan Lama Belum Sesuai Dilaksanakan

WahidBy Wahid19/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan melupuskan kenderaan berusia lebih 10 tahun belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana dasar seperti itu memerlukan kajian terperinci dari segi kesediaan dan kemampuan rakyat.

Beliau berkata demikian berikutan cadangan dibuat pasukan saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail yang mencadangkan kenderaan berusia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyeimbangkan jumlah kenderaan baharu dan lama atas jalan raya.

BACA >>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

Penyelesaian isu kesesakan di jalan raya kita bukan itu saja (pelupusan kenderaan lebih 10 tahun) kerana ia memerlukan pendekatan holistik dan menyeluruh.

“Jika dasar ini mahu dilaksanakan, kita terlebih dulu perlu ada jaringan pengangkutan sempurna termasuk luar bandar dan kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina,” katanya.

lupus kereta lama

Menurut Ka Siong lagi, ada lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan setakat ini.

Berdasarkan penelitian dilakukan, majoriti 12 juta kenderaan tidak aktif atas jalan raya dan tidak memperbaharui cukai jalan adalah kenderaan lama, terdapat pemilik atau pewaris yang hendak menyimpan nombor pendaftaran kenderaan lama selain hanya menggunakan kenderaan itu di kampung.

Kita ada data, siapa tidak bayar cukai jalan tetapi sistem yang lebih menyeluruh diperlukan bagi mengenal pasti kenderaan aktif dan tidak aktif ini. Kemudian bila sudah ada sistem lengkap, kita akan lihat secara terperinci punca sebenar kenderaan tidak aktif ini.

“Banyak lagi perkara perlu diteliti jika mahu melaksanakan sebarang dasar besar, termasuk pelupusan kenderaan melebihi 10 tahun kerana isu berkenaan cukup kompleks walaupun banyak negara sudah membuat dasar itu, termasuk Singapura.

“Jika hendak dilaksanakan, dasar automotif negara perlu dilihat semula kerana dasar itu menggalakkan pemilikan kenderaan buatan Malaysia,” katanya.

BACA >>> Lagi Cadangan Lupus Kereta Lama untuk Atasi Trafik Sesak di KL
BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Lupus Kenderaan Lama Menteri Pengangkutan Profesor Dr Rozmi Ismail
Wahid

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID, Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.