• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Media Boleh Hadir Ujian Shakedown MotoGP 2023 di Sepang, Sekatan Batal!

Media Boleh Hadir Ujian Shakedown MotoGP 2023 di Sepang, Sekatan Batal!

January 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEPUTUSAN kontroversi larangan terhadap media daripada membuat liputan ujian Shakedown MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya ditarik balik.

Tindakan itu dibuat selepas kelima-lima pengeluar motosikal MotoGP yang menyertai ujian itu bersetuju membenarkan media masuk ke litar, TETAPI bukan di kawasan pit.

BACA >>> 42 Perlumbaan, 21 Pusingan dalam Kalendar MotoGP 2023, Aksi Sepang Anjak ke November
BACA >>> 5 Pelumba MotoGP Hadapi Tekanan Paling Tinggi Musim 2023

Ujian itu akan bermula pada 5-7 Februari 2023 dengan mengetengahkan pelumba uji, dan rookie Augusto Fernandez.

Kontroversi tercetus apabila ada pihak daripada lima pasukan itu membuat tuntutan tiada mana-mana wartawan dibenarkan membuat laporan sepanjang acara tiga hari tersebut.

Malah ada kenyataan mengatakan;

Shakedown tidak dibuka kepada media. Media tidak dibenarkan berada di padok, pusat media (bilik media), lorong pit atau mana-mana kawasan trek. Ujian rasmi bermula 10 hingga 12 Februari 2023 dibuka untuk media."

"Pasukan membuat permohonan ini sejak tahun lalu kepada IRTA (Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa) dan mereka beritahu kami hari ini.”

Pasukan KTM dan Aprilia mendakwa tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk menyekat kehadiran media di SIC.

Media dituduh membocorkan maklumat inovasi pasukan MotoGP kepada pasukan pesaing jika menghadiri ujian Shakedown. Malah ada mendakwa, permohonan menghalang kehadiran wartawan mungkin datang dari pasukan pengeluar Jepun.

Berikut senarai nama pelumba yang menyertai ujian Shakedown:

  • Augusto Fernandez
  • Dani Pedrosa
  • Cal Crutchlow
  • Michele Pirro
  • Stefan Bradl
  • Lorenzo Savadori

SUMBER: Crash

Artikel Berkaitan

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2023 MotoGP, Augusto Fernandez, autoterkini, Cal Crutchlow, Dani Pedrosa, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Lorenzo Savadori, michele pirro, roda2, Shakedown Sepang 2023, Stefan Bradl

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my