• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Measat-3d Lancar ke Orbit, Malaysia Capai Internet 100 Peratus Sebelum 2025

Measat-3d Lancar ke Orbit, Malaysia Capai Internet 100 Peratus Sebelum 2025

June 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGENDALI satelit utama negara, Measat Global Berhad (Measat) melancarkan satelit Measat-3d pada jam 5 pagi (waktu tempatan) hari ini di Pusat Angkasa Lepas Eropah, Kourou di French Guiana.

Satelit itu dijangka meningkatkan keupayaan capaian Internet di kawasan bandar atau subluar bandar, termasuk kawasan sukar dimasuki dengan tumpuan Sabah dan Sarawak. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata perlancaran itu bakal menyaksikan Malaysia mendapat liputan Internet 100 peratus sebelum 2025.

Ini bermakna syarikat telekomunikasi tempatan boleh mengambil kesempatan menggunakan Measat-3d untuk tawaran perkhidmatan data, suara dan video sekitar tiga hingga lima peratus lagi kawasan populasi yang belum diliputi penyambungan gentian optik atau jalur lebar tanpa wayar.

Measat-3d dengan kos sekitar RM1.2 bilion ialah satelit paling komprehensif dan kompleks dalam kumpulannya berbanding Measat-3a dan Measat-3b.

Satelit berbilang misi telekomunikasi itu dibangunkan Airbus Defence and Space atas platform Eurostar E3000 dengan berat 5,648kg, dan dijangka beroperasi lebih 18 tahun menggunakan kuasa elektrik 12kW.

Measat-3d akan melengkapkan fungsi bersama satelit Measat-3a dan Measat-3b yang terletak bersama dalam hotslot orbit 91.5° Timur, menggantikan kapasiti lama dan membina daya tahan untuk armada satelit Measat.

Ia juga akan memulihkan pertindihan dalam orbit dan kapasiti pengembangan yang tiada tandingan untuk perkhidmatan Direct-to-Home (DTH) Astro bersama perkhidmatan penyiaran dan telekomunikasi rantau ini.

BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!
BACA >>> Pemandu Toyota Prius Kena Saman Pasang Piring Satelit Atas But Demi WiFi
BACA >>> Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!

SUMBER: HMetro

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbus Defence and Space, autoterkini, Measat 3d, Measat Global Berhad (Measat), Measat-3a, Measat-3b, Pusat Angkasa Lepas Eropah, Satelit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my