• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / McLaren 570GT 'XP Green' Edisi Super Terhad - Cuma 6 Unit Sahaja Dijual

McLaren 570GT 'XP Green' Edisi Super Terhad - Cuma 6 Unit Sahaja Dijual

September 21, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA cara pengeluar kereta mewah atau sport membuat duit adalah mengeluarkan model-model edisi khas ataupun menawarkan khidmat modifikasi peribadi. Kalau memang berkemampuan dan mahu nampak berbeza dengan pemilik lain, semestinya golongan hartawan itu sanggup melakukan apa saja asalkan kereta mereka itu dapat tampil eksklusif dan tersendiri. Malah, edisi peribadi tersebut juga boleh dibuat duit apabila si tuan punya berhasrat menjual jentera kesayangan mereka itu suatu masa nanti.

Salah satu yang menawarkan khidmat mengubahsuai peribadi ialah McLaren yang menubuhkan unit khas dipanggil McLaren Special Operations (MSO). Produk keluaran terbaru MSO ialah McLaren 570GT berwarna XP Green (hijau) yang kini sudah banyak bertebaran di media-media sosial dan laman web permotoran antarabangsa.


570GT, yang menjadi sebahagian koleksi MSO Collection, dibina dalam jumlah terhad, iaitu cuma enam unit sahaja dan dikhaskan buat pembeli bertuah di Britain dan Eropah. Warna XP Green yang dipilih pula adalah bersempena model homologasi McLaren F1 XP GT Longtail (gambar atas) yang dibina pada 1997.

MODEL PALING MEWAH

MSO McLaren 570GT in XP Green 4
MSO McLaren 570GT in XP Green 7
MSO McLaren 570GT in XP Green 3

Menambah lagi seri eksklusif model tersebut ialah kemasan dalaman menerusi balutan warna Saddle Tan yang disulami benang hijau. Warna Saddle Tan (perang) diselitkan di beberapa bahagian luaran kereta seperi sirip depan, skirt sisi dan difuser elakang. Plat nombor siri pula diletakkan di lorong tengah  atau tunnel sebagai identiti asli kereta istimewa tersebut.

McLaren 570GT ialah model paling mewah dan kemas dalam barisan Sports Series dan dibangunkan untuk keselesaan pemanduan jarak jauh dan juga lebih praktikal. Pada masa sama masih mengekalkan faktor keseronokan memandu.

Walaupun luaran nampak seperti 570S, model GT itu memiliki ruang simpanan lebih besar hingga 220 liter. Seperkara lagi yang menarik, ketegaran spring dikurangkan sebanyak 15 peratus untuk suspensi depan, dan 10 peratus di belakang, berbanding 570S Coupé. Perubahan tersebut dilakukan supaya bersesuaian dengan karakter sebuah Grand Touring atau Grand Turismo (GT).

ENJIN SAMA 570S COUPÉ

McLaren F1 XP GT in XP Green_1997
MSO McLaren 570GT in XP Green 1
MSO McLaren 570GT in XP Green 2
MSO McLaren 570GT in XP Green 5
MSO McLaren 570GT in XP Green 6

Enjin masih sama seperti 570S Coupé, iaitu 3.8L V8 turbo berkembar dengan hamburan kuasa 561hp dan tork 600Nm. Harga pasaran pula adalah lebih mahal £21,000 (RM118,928) berbanding model biasa. Malah, mungkin jadi super mahal jika tuan baharu mahu memasang lebih banyak aksesori.

Sekiranya  pemilik memilih spesifikasi By McLaren Designer Interior, jumlah harga yang perlu dibayar ialah £188,567 (RM1,067,626). Spesifikasi tersebut membabitkan kelengkapan naik taraf GT Upgrade Pack, terdiri daripada kamera undur, sistem penggera volumetrik, sistem audio dan pelindung kereta Bowers & Wilkins dan roda ringan berwarna Stealth.

McLaren XP Green 570 GT akan dibina dan dihantar kepada pelanggan di Britain, Jerman dan Belanda.

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: McLaren, McLaren 570 GT, McLaren F1 XP GT Longtail, McLaren Special Operations, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my