• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda6 (2019) Kini Ada Ciri GVC Plus, Apple CarPlay+Android Auto, Harga Mula RM173k

Mazda6 (2019) Kini Ada Ciri GVC Plus, Apple CarPlay+Android Auto, Harga Mula RM173k

September 12, 2019 By AI Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI 2019, Mazda Malaysia melakukan kemas kini untuk Mazda6 supaya tampil relevan dan segar di pasaran. Sedan segmen-D itu menampilkan beberapa penambahbaikan minor dari segi dinamik pemanduan.

Mazda6 kini dilengkapi ciri kawalan pemvektoran, G-Vectoring Control Plus (GVC Plus), iaitu teknologi pertama dalam siri SkyActiv-Vehicle Dynamics. Teknologi ini berfungsi mengubah tork enjin sebagai respons kepada input stereng apabila ada tekanan hala sisi dan bujur, termasuk mengoptimumkan beban tengak setiap roda supaya kawalan kereta lebih tangkas. 

BACA >>> Inilah 5 Perkara Mengenai Mazda6 (2018) Facelift Patut Anda Tahu

GVC Plus menggunakan brek untuk menambah kawalan olengan secara langsung supaya pengendalian lebih stabil. Ciri ini diaktifkan ketika memandu keluar selekoh dalam cubaan mengembalikan semula stereng pada posisi tengah. Jadi, GVC Plus akan mengenakan kuasa brek ringan ke atas roda luar supaya kereta dapat kembali stabil di jalan lurus.

Selain itu, Mazda6 (2019) didatangkan dengan ciri konektiviti standard Apple CarPlay dan Android Auto yang boleh diakses daripada unit infotainment Mazda Connect.

Mazda6 (2019) spesifikasi Malaysia ditawarkan dalam tiga pilihan enjin:

  • Skyactiv-G 2.0L - RM173,659 (sedan)
  • SkyActiv 2.5L - RM211,148 (sedan) RM215,148 (touring)
  • SkyActiv-D 2.2L -RM219,851 (sedan)

Semua varian dipadankan transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan dengan mod tukaran manual. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 5 tahun dan servis percuma 5 tahun (kecuali Mazda BT-50).

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

GALERI
78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: harga mazda6 baru, mazda, Mazda Connect, Mazda Malaysia, Mazda6, Mazda6 2.5 Sedan, mazda6 baru, Mazda6 Diesel, Roda4, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my