Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Spirit Racing Roadster, Roadster 12R Buka Tempahan dalam Unit Terhad
Roda4

Mazda Spirit Racing Roadster, Roadster 12R Buka Tempahan dalam Unit Terhad

Abang HirataBy Abang Hirata07/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda Spirit Racing Roadster dan Mazda Spirit Racing Roadster 12R

MAZDA mengumumkan membuka tempahan awal Mazda Spirit Racing Roadster dan Mazda Spirit Racing Roadster 12R bermula 24 Oktober 2025, manakala jualan rasmi dijadualkan awal Januari 2026.

Kedua-dua model itu ialah kenderaan pengeluaran pertama di bawah subjenama Mazda Spirit Racing (MSR), yang dibangunkan padukan jurutera terlibat dalam siri perlumbaan Super Taikyu (S-Taikyu).

Mazda Spirit Racing Roadster dan Roadster 12R

Dua Varian – 2,200 Unit vs 200 Unit

Model itu bukan sekadar pantas di litar, tetapi juga direka untuk memberi keseronokan memandu di bandar dan selekoh, selain menjadi roadster generasi keempat pertama versi Jepun dengan enjin 2.0L.

Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
  • Mazda Spirit Racing Roadster: Dihadkan pengeluaran 2,200 unit dengan menumpukan kepada prestasi pemanduan dan kualiti kepada mereka yang mahu menikmati kebebasan di jalan raya atau litar.
  • Mazda Spirit Racing Roadster 12R: Dihadkan pengeluaran 200 unit dengan talaan khas dan spesifikasi penuh untuk pemanduan di litar, seperti output kuasa maksimum 200ps dan kerusi buket penuh RECARO.

Permohonan undi tempahan sesi jualan khas untuk12R boleh dibuat melalui aplikasi rasmi Club Mazda Spirit Racing bermula 5 Oktober (2 petang) hingga 20 Oktober (11:59 malam) sebelum keputusan diumumkan 23 Oktober ini.

Mazda juga akan mengadakan acara istimewa Mazda Spirit Racing Owners’ Reception pada Disember buat pelanggan yang menandatangani kontrak pembelian.

Enjin, Harga

i. Mazda Spirit Racing Roadster

Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
  • Enjin Skyactiv-G 2.0
  • Pacuan dua roda (2WD) FR
  • Transmisi manual 6-kelajuan (6MT)
  • Output kuasa  184ps @ 7,000rpm, dan tork 205Nm @ 4,000rpm
  • Berat 1,070kg
  • Harga 5,265,700 yen (RM147,980)
  • Aksesori khas: Skirt depan, sisi dan belakang, termasuk spoiler belakang Brilliant Black (hitam), karpet lantai, sarung kunci khas (dengan kotak), set nat roda (hitam)

ii. Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
  • Enjin Skyactiv-G 2.0
  • Pacuan 2WD FR
  • Transmisi 6MT
  • Output kuasa 200ps @ 7,200rpm, dan tork 215Nm @ 4,700rpm
  • Berat 1,050kg
  • Harga 7,612,000 yen (RM214,180)
  • Aksesori khas: Skirt depan, sisi dan belakang, termasuk, spoiler belakang RS Gray, karpet lantai, sarung kunci khas (dengan kotak), set nat roda (hitam), dekal khas (bonet, penutup but, sisi, cermin), braket suspensi (bar strut menara)

Ciri Utama

1. Teknologi dari Litar Super Taikyu

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Kedua-dua model menggunakan enjin Skyactiv-G 2.0 (PE-VPR[RS]) yang ditala khas pasukan jurutera lumba Mazda.

Ia menampilkan kawalan trotel baharu untuk respons enjin lebih halus, sistem bantuan heel-and-toe pintar dan fungsi nyah aktif sistem keutamaan brek (brake override) dan had laju secara serentak untuk mod pemanduan litar.

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Bagi 12R, talaan lebih agresif dilakukan dengan:

  • Port masukan udara digilap manual, dilakukan jurutera berpengalaman
  • Saluran udara baharu dan bentuk aci (cam) diubah
  • Sistem ekzos 4-1 baharu dibangunkan bersama Fujitsubo Giken, dengan paip lebih besar dan panjang seimbang
  • Roda tenaga (flywheel) tunggal menggantikan jenis dwi-jisim (dual-mass) bagi penghantaran tork lebih langsung dan mampu menahan beban tinggi

2. Ketahanan Suhu Ekstrem

Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Sistem penyejukan radiator kapasiti tinggi digunakan, bersama pelincir salutan pepejal pada gear utama transmisi. Model 12R menambah:

  • Bukaan awal termostat
  • Piston dan gelang piston geseran rendah dengan salutan DLC, sama seperti jentera lumba RS Future Concept

3. Casis, Suspensi Prestasi Tinggi

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Kedua-dua model mendapat suspensi talaan khas dan suspensi Bilstein, manakala braket absorber menjadi ciri standard.

Model 12R, lengan suspensi dan penjajaran roda dilaraskan juruteknik mahir secara manual untuk ketepatan maksimum.

4. Kokpit Fokus Pemandu

Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Kabin tona hitam dengan aksen merah pada tali keledar, jahitan dan penanda stereng.

Bahagian stereng, tombol gear dan brek tangan dibalut kemasan Alcantara, manakala panel meter dan trim pintu menampilkan tekstur ala jentera lumba.

  • Roadster (asas): Kerusi semi-buket Alcantara dengan logo timbul
  • 12R: Kerusi buket penuh Recaro Kamui dengan bentuk eksklusif dan tekstur premium
  • Takometer 12R memaparkan simbol ▲ pada putaran ketika 200ps dicapai

5. Rekabentuk Luaran Eksklusif

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Gril depan menggunakan rekaan corak jejaring (mesh) bersama lencana Mazda Spirit Racing. Model 12R menerima:

  • Dekal lumba khas
  • Penutup kepala enjin cat kristal tangan dan plat nombor siri
  • Spoiler belakang unik diuji di Nürburgring
  • Rim aloi tempa khas
    • Dibangunkan bersama RAYS Corporation
    • Berasaskan model TE37 yang digunakan pada model konsep MAZDA SPIRIT RACING RS Future Concept dalam siri S-Taikyu.
    • Direka semula dengan kekakuan lebih tinggi dan bentuk dioptimum
    • Tertera logo Mazda Spirit Racing pada penutup tengah dan sekeliling rim

6. Pakej Aksesori Sports Package

Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R

Bagi pelanggan yang mahu spesifikasi litar penuh, Mazda turut menawarkan pakej Mazda Spirit Racing Sports Package, seperti:

  • Ekzos titanium (Fujitsubo)
  • Tayar ADVAN NEOVA AD09 (Yokohama)
  • Set brek Brembo dengan rotor slot
  • Diferensial gelincir terhad (LSD) OS Giken
  • Kerusi buket penuh Recaro dengan adapter sisi
  • Tali keledar Sabelt x Mazda Spirit Racing (4/6 sudut)

Eksklusif untuk Pemilik

Pemilik yang menempah akan dijemput ke acara khas Mazda Spirit Racing Owners’ Reception Disember ini, sebagai sebahagian program berterusan Mazda Spirit Racing Experience bagi mengeratkan hubungan antara pemilik, peminat dan pasukan Mazda.

Mazda menegaskan, menjelang 2030, falsafah human-centered akan terus menjadi asas pembangunan jenama itu dan mencipta pengalaman memandu menggembirakan, termasuk memberi makna sebenar kepada joy of living.

Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Aksesori Mazda Spirit Racing Roadster
Mazda Spirit Racing Roadster/Mazda Spirit Racing Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster dan Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster dan Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster dan Roadster 12R
Mazda Spirit Racing Roadster dan Roadster 12R
mazda Mazda MX-5 Mazda Roadster Mazda Spirit Mazda Spirit Racing Mazda Spirit Racing Roadster Mazda Spirit Racing Roadster 12R roadster Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.