Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mazda SkyActiv Generasi ke-2 – Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter
Autotainment

Mazda SkyActiv Generasi ke-2 – Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

Han OthmanBy Han Othman19/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

https://static.carthrottle.com/workspace/uploads/posts/2016/01/f32c592ab8fd3553ac3ef8e98b9b86ce.jpg
JIKA anda mahukan sebuah kereta yang seronok dipandu dan menjimatkan, anda mungkin perlu beralih kepada model Mazda menjelang penghujung 2018 nanti. Ini kerana pengeluar automobil Jepun itu akan memperkenalkan enjin SkyActiv generasi baharu yang mampu menawarkan penjimatan bahan api hingga 30 peratus. Lebih hebat, enjin baharu itu kelak tidak lagi menggunakan palam pencucuh untuk menyalakan bahan api.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, walaupun sedang giat membangunkan kenderaan elektrik yang lebih mesra alam, Mazda berpendapat penghasilan enjin pembakaran dalaman masih tetap relevan dan menguasai pasaran automotif dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Teknologi enjin yang dilabel sebagai SkyActiv generasi ke-2 itu dipanggil Pencucuhan Mampatan Caj Homogen – Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI). Sebagai pengganti enjin SkyActiv sedia ada yang sudah diperkenalkan sejak 2011, HCCI dikatakan mampu memberikan tahap ekonomi bahan api seperti enjin diesel.

BACA >>> Enjin ‘Camless’ – Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

MAZDA3 2018 JADI MODEL PENGENALAN

https://cdn.autoindustriya.com/images/posts/post10217.jpgCara pencucuhan HCCI berlaku menerusi campuran bahan api dan udara yang dibiarkan untuk tekanan, sekali gus menjadikan pembakaran lebih efisien berbanding enjin konvensional dengan palam pencucuh. Kaedah ini turut mengurangkan emisi ekzos.

Mazda3 2018 akan menjadi kereta pertama yang menggunakan enjin baharu itu, manakala barisan famili lain akan menyusul kemudian. Dibandingkan enjin sedia ada, jarak perbatuan enjin Mazda3 2018 dianggarkan mampu bergerak sejauh 30km per liter!

Sementara itu, Mazda juga bakal mengeluarkan barisan kenderaan elektrik menjelang 2019 dan menghasilkan hibrid plug-in pada 2021 dengan menyasarkan pasaran Eropah dan Amerika berikutan undang-undang alam sekitar yang semakin ketat di negara masing-masing. Bagaimanapun, bagi pasaran antarabangsa, Mazda merancang mengeluarkan kenderaan elektrik sekurang-kurangnya menjelang 2030.

SUMBER: Nikkei Asian Review

autotainment enjin tanpa palam pencucuh Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI) mazda Mazda SkyActiv Pencucuhan Mampatan Caj Homogen (HCCI) Roda4 SkyActiv generasi ke-2 SkyActiv Technology Teknologi SKYACTIV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 6 Comments
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.