Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda KAI – Apakah Ini Model Mazda3 Generasi Keempat?
Auto Terkini

Mazda KAI – Apakah Ini Model Mazda3 Generasi Keempat?

Abang GYLBy Abang GYL25/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda KAI
LINTAS langsung dari Pameran Motor Tokyo (TMS) 2017, kereta konsep, Mazda KAI dipamerkan kepada umum dengan menampilkan rekaan dan teknologi masa hadapan untuk model-model Mazda akan datang.

Rekabentuk Mazda KAI masih lagi mengekalkan karakter sporty hasil sentuhan bahasa rekabentuk Kodo bersama teknologi baharu, dikenali sebagai SkyActiv-X. Model versi hatchback itu diserlahkan dengan rekaan gril baharu dan lampu depan LED, manakala bahagian belakang tidak kurang hebat menerusi kehadiran spoiler belakang bersama lampu bentuk bulat.

Secara tidak langsung, kehadiran Mazda KAI seakan memberi gambaran tentang model Mazda3 generasi keempat yang bakal menjadi model pertama menampilkan rekaan bersama teknologi Skyactiv-X.

Mazda KAI mempunyai saiz panjang 4,420mm, 1,855mm lebar, 1,375mm tinggi dan jarak rodak bersaiz 2,750mm.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Ini Membuatkan Saya Jatuh Cinta Pada Mazda CX-9

Mazda KAIDALAMAN MINIMALIS

Beralih ruangan kabin, Mazda KAI masih mengetengahkan elemen minimalis, sama seperti bahagian dalaman VISION COUPE yang turut membuat kemunculan sulung di TMS2017. Rekaan diberikan jelas memberikan perasaan serba redup dan menenangkan mata, termasuk cuba mengetengahkan  arkitektur tradisional Jepun menerusi penghasilan ruang dalaman yang dapat mengekalkan ‘rasa’ tentang hubungan dengan dunia luar.

Bentuk struktur seperti konsol tengah, trim pintu, dan panel instrumen ditemukan sesama sendiri tanpa perlu saling bersentuhan, sekali gus mewujudkan sensasi ‘ma’ dalam kereta. Malah, rekabentuk ringkas itu memberikan pemandu dan penumpang lebih perasaan selamat dan tenteram, tanpa mengabaikan ciri dan perincian kemewahan.

Apa yang berlainan berbanding model konsep Mazda sebelum ini, tiada lagi skrin besar terpampang di tengah papan pemuka kerana Mazda kali ini membangunkan skrin khas yang cuma dipaparkan apabila diperlukan mengikut kehendak pemandu.

BACA >>> Mazda VISION COUPE – Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan

Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI

BAKAL DIPADANKAN SKYACTIV-X

Famili baharu enjin petrol super bersih, dipanggil Skyactiv-X, akan menjadi enjin baharu untuk model Mazda akan datang. Menurut Mazda, enjin baharu tersebut menggunakan teknologi pencucuhan mampatan yang mana campuran bahan api-udara dinyalakan (ignited) serentak menerusi mampatan piston, sama seperti enjin diesel. Bagaimanapun, fungsi palam pencucuh masih digunakan.

Mazda menamakan teknologi berkenaan sebagai Pencucuhan Mampatan Cetusan Terkawal (Spark Controlled Compression Ignition). Petrol dan udara akan bercampur dalam silinder sebelum dinyalakan sama ada secara mampatan pada beban rendah atau menerusi cetusan (spark) pada beban tinggi.

Hasilnya, enjin petrol Skyactiv-X mampu memberikan penjimatan 20-30 peratus berbanding enjin Skyactiv-G sedia ada pada sesaran sama. Malah, menurut Mazda lagi, enjin petrol generasi baharu itu turut mampu menyamai atau menandingi enjin diesel Skyactiv-D.

Enjin Skyactiv-X juga akan dimuatkan dengan supercas untuk meningkatkan tork sebanyak 10 hingga 30 peratus berbanding enjin Skyactiv-G. Hebat bukan?

Rasa tidak sabar pula nak merasai kehebatan teknologi Skyactiv-X!

BACA >>> Mazda SkyActiv Generasi ke-2 – Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

GALERI

Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
Mazda KAI
bermaz Motor Mazda KAI Mazda KAI concept Mazda KAI konsep Mazda Malaysia Mazda3 generasi keempat Pameran Motor Tokyo 2017 Roda4 TMS 2017 TMS2017 Tokyo Tokyo Motor Show 2017
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.