Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-5 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Inilah SUV Paling Awesome & Menggiurkan!
Roda4

Mazda CX-5 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Inilah SUV Paling Awesome & Menggiurkan!

Abang GYLBy Abang GYL12/10/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda CX-5 serba baharu MalaysiaAWESOME! Itulah yang boleh kami gambarkan sebaik saja pertama kali melihat Mazda CX-5 serba baharu. Bagi kami, inilah antara SUV paling menawan di kalangan pesaing yang lain.

Mazda CX-5 versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim Kedah itu juga menjadi model yang akan dieksport ke pasaran jiran Asean lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar.

Bagi pasaran Malaysia, Bermaz Motor mempertaruhkan lima varian. Walaupun versi CKD, kualiti pemasangan sama seperti dari kilang di Jepun. Bukan itu saja, Mazda turut mempertaruhkan model diesel sebagai varian paling premium dengan menawarkan spesifikasi lengkap, satu cubaan cukup berani yang menongkah arus.

Mazda CX-5 serba baharu Malaysia5 VARIAN (3 PETROL & 2 DIESEL)

  • Mazda CX-5 2.0L GL SKYACTIV-G (petrol) – 162hp, 210Nm, 182kmj – RM134,605.50
  • Mazda CX-5 2.0L GLS SKYACTIV-G (petrol) – 162hp, 210Nm, 182kmj – RM148,650.50
  • Mazda CX-5 2.5L GLS SKYACTIV-G (petrol) – 192hp, 257Nm, 196kmj – RM160,996.70
  • Mazda CX-5 2.2 GLS SKYACTIV-D 2WD (diesel) – 173hp, 420Nm, 206kmj – RM164,579.10
  • Mazda CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel) – 173hp, 420Nm, 206kmj – RM175,179.10

Mazda CX-5 serba baharu MalaysiaDUA PILIHAN ENJIN – SKYACTIV PETROL & DIESEL

SUV generasi kedua itu menampilkan 2 pilihan enjin iaitu petrol (SKYACTIV-G) dan diesel (SKYACTIV-D) yang mana setiap varian menggunakan enjin SkyActiv DOHC 16-valve 4-silinder. Versi petrol didatangkan dengan teknologi pemasa injap variabel (VVT).

Lebih menarik, varian 2.2L GLS SKYACTIV-D adalah satu-satunya unit CX-5 yang menawarkan sistem AWD, manakala varian lain ialah versi pacuan dua roda (2WD).

BACA >>> Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium

4 PILIHAN WARNA

  • Soul Red Crystal (merah)
  • Machine Grey (kelabu)
  • Snow Flake (putih salji)
  • White Pearl Mika (putih mutiara)

Mazda CX-5 serba baharu MalaysiaCIRI KESELAMATAN PREMIUM – SEMUA VARIAN ADA

Menariknya mengenai Mazda CX-5 serba baharu, ciri keselamatan dibekalkan secara standard untuk semua varian seperti:

  • 6 Beg Udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sensor Laju untuk Kunci Auto
  • Auto Hold
  • Kunci Walk Away (tiada untuk varian 2.0L GL SKYACTIV-G)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Amaran Tali Keledar
  • Tali Keledar 3-Poin
  • Tali Keledar dengan Retraktor Kunci Kecemasan (ELR)
  • ISOFIX dengan Pautan Atas
  • Sistem Anti Kecurian dan Imobiliser Enjin
  • 5-bintang Euro NCAP dan JNCAP

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)

Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia

VARIAN DIESEL PALING PREMIUM, SPESIFIKASI LENGKAP

Mazda CX-5 bagi varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) ialah versi paling premium. Selain ciri keselamatan penuh (seperti di atas), kedua-dua varian diesel tersebut turut dibekalkan Teknologi Keselamatan Termaju lengkap seperti:

  • Lampu Utama LED Adaptif (ALH)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) – roda depan dan belakang.

Bagaimanapun, varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) tiada ciri Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) yang khas untuk petrol sahaja (2.0L GLS dan 2.5 GLS).

Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Meter Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia
Mazda CX-5 serba baharu Malaysia

SISTEM INFOTAINMENT LENGKAP

Mazda CX-5 serba baharu turut menampilkan fungsi infotainment lengkap untuk semua varian seperti:

  • Sistem Infotainment M2D Connect dengan Arahan Suara
  • Paparan skrin sentuh warna penuh 7-inci
  • Kawalan Arahan Multi Fungsi
  • Radio AM/FM
  • Auksiliari – jek input audio (3.5mm Mini-Stereo)
  • Sambungan Bluetooth – telefon bebas tangan dan serasi audio
  • Pemain cakera padat (CD) dan MP3
  • Pembesar suara
  • Sistem navigasi GPS (tiada untuk 2.0L GL)
  • 4 soket USB (2 konsol tengah, 2 perehat lengan belakang)
  • Kamera undur dengan garis panduan jarak dan lebar.

Mazda CX-5 serba baharu MalaysiaDESAIN MENGGIURKAN

Seperti kami nyatakan, Mazda CX-5 serba baharu sememangnya menggiurkan. Baik dari hadapan, belakang mahupun dalaman. Semuanya awesome! Berikut ialah beberapa ciri menarik yang ada pada Mazda CX-5 serba baharu;

  • Lampu depan LED, automatik, pelarasan auto.
  • Lampu siang (DRL) LED (kecuali 2.0L GL)
  • Lampu kabus LED
  • Lampu kabus belakang
  • Lampu undur LED
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
  • Spoiler bumbung belakang
  • Antena ‘sirip jerung’
  • 2 ekzos
  • Sensor parkir
  • Hendal pintu warna badan
  • Punat tekan-mula
  • Punat kawalan di stereng
  • Kluster Instrumen LCD TFT 4.6 inci dengan paparan multi-info (kecuali 2.0L GL – paparan standard)
  • Trim papan pemuka – Metalik Gan (2.0L GL sahaja) , Metal dan Kayu (kecuali 2.0L GL)

Bukan saja desain menarik, ruang dalaman Mazda CX-5 serba baharu juga luas. Kapasiti but ialah 442L hingga 1,342L jika kerusi dilipat. Luas bukan? Siap boleh tidur lagi dalam kereta OK!

Bagi mereka yang sudah berumah tangga dan mahukan kereta yang awesome, luas, berkuasa dan dijual pada harga kompetitif, Mazda CX-5 serba baharu mungkin SUV yang anda cari.

Harga Mazda CX-5 serba baharu Malaysia Mazda CX-5 2017 Mazda CX-5 2018 Mazda CX-5 CBU Mazda CX-5 CKD Mazda CX-5 Malaysia Mazda CX-5 serba baharu Malaysia SUV CX-5 suv malaysia
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan Di Malaysia

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026

5 Comments

  1. Azman on 12/10/2017 08:00

    Tlg perbetulkan sat.kilang pemasangan Mazda,Inokom adalah di Kulim,Kedah.Di gurun adalah kilang utk kenderaaan keluaran Naza (KIA).

    Reply
    • ABG GYL on 12/10/2017 10:15

      TQ atas teguran. Ia sudah diubah.

      Reply
      • Max on 15/10/2017 16:38

        Jelas pun

        Reply
    • Max on 15/10/2017 16:38

      Cukup la

      Reply
  2. Max on 15/10/2017 16:39

    New Crv better

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.