Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mat Motor Ini Jual 7 Vespa untuk Selamatkan Penyu
Autotainment

Mat Motor Ini Jual 7 Vespa untuk Selamatkan Penyu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI kisah murni anak muda, Pati Hariyos yang patut dijadikan contoh kerana sanggup mengorbankan koleksi motosikal kesayangannya demi menyelamatkan haiwan laut yang diancam kepupusan. 

Kisahnya bermula pada 2013 lalu apabila Pati, berasal dari Pasir Jambak, Sumatera Barat, Indonesia, pulang dari perantauan di Kota Solo, Surakarta dalam Jawa Tengah. Apa yang mengejutkan, pantai di kampung halamannya itu yang dulu bersih dan sering menjadi lokasi rekreasi, tetapi kini berubah menjadi tempat kotor dengan dipenuhi sampah seperti plastik, daun kelapa kering, sisa buangan dan lain-lain. 

Lebih menyedihkan, penyu tidak lagi menjadikan pantai berkenaan sebagai lokasi bertelur hingga sukar sekali menemukan haiwan laut itu. Sebaliknya, apa yang banyak dijumpai ialah bangkai penyu mati dibunuh sama ada diambil telur atau dijual daging. 

NEKAD SELAMAT PENYU

Pati nekad menyelamatkan penyu-penyu itu dengan mula membeli telur dari nelayan sekitar sebelum ditetaskan dan dilepaskan kembali ke laut.  Bertahun-tahun dia melakukan kerja amal itu tanpa meminta bantuan dana daripada Kerajaan atau pihak luar. Apabila dana berkurangan, Pati menjual pula aset sendiri, antaranya tujuh Vespa kesayangannya.

BACA >>> ‘Saya Cacat Kaki, Bukan Otak’ – Uncle Chin Kongsi Kisah Tunggang Motor Lebih 100km Setiap Hari untuk Jual Aiskrim

“Apa yang tinggal sekarang ialah sebuah Vespa 1981 yang setia menemani saya sepanjang mencari telur penyu sejak dulu lagi. Vespa ini tidak ternilai harga. Saya pernah dicemuh tetapi saya tekad kerana penyu perlukan tempoh 30 tahun untuk bertelur. Tetapi, banyak penyu dibunuh dan diperdagangkan,” katanya.

MENANGIS TIDAK CUKUP DUIT

Pati sering dilihat berjalan sendirian sepanjang tengah malam hingga subuh semata-mata untuk mencari telur penyu sepanjang pantai. Telur yang diperoleh itu kemudian dipindahkan ke sangkar penetasan yang dibuat sendiri di pesisir pantai dekat situ. 

Dia juga menangis kerana tidak mampu membayar Rp400,000 (RM126) kepada seorang individu yang membawa 130 telur penyu kepadanya. 

“Saya tiada duit langsung. Saya minta penjual itu datang semula selepas tiga hari, tetapi dia menolak dan pergi. Sedih, sampai menitis air mata,” kenang Pati.

Menurutnya lagi, dia mulanya pernah menghantar surat permohonan bantuan kepada pihak bertanggungjawab, tetapi tidak berhasil hingga membuatkan dia berhenti meminta-minta. Bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana pengeluar automotif, Daihatsu di Indoesia sudi menghulurkan dana kepadanya. 

Inilah kisah insprasi menyayat hati yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Cubalah tanya kepada diri kita, sanggupkah kita melepaskan sesuatu yang kita sayangi hanya untuk kesejahteraan orang lain tanpa perlu menyalahkan sesiapa?

“Cis, berani mereka tak pedulikan penyu!”

SUMBER: Dapurpacu

 

Auto Terkini autotainment Daihatsu Indonesia inspirasi kisah insprirasi mat motor penyu selamatkan penyu Vespa
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.