Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Kembali ke Litar, Uji Jentera Selepas Rehat Panjang Akibat Cedera
Auto Terkini

Marquez Kembali ke Litar, Uji Jentera Selepas Rehat Panjang Akibat Cedera

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Marc Marquez kembali ke trek uji jentera

JUARA dunia MotoGP, Marc Marquez, akhirnya kembali ke atas permukaan aspal selepas berehat panjang akibat kecederaan bahu yang dialami di Grand Prix (GP) Indonesia Oktober lalu.

Pelumba Sepanyol itu menjalani pembedahan selepas terlibat dalam insiden dengan Marco Bezzecchi di Litar Mandalika, sebelum mengikuti program pemulihan rapi yang dirancang berperingkat.

Fasa Pulih Berperingkat

Sepanjang tempoh pemulihan, Marquez memulakan latihan dengan aktiviti berimpak rendah seperti berbasikal gunung sebelum beralih ke trek dirt dan motocross.

Perkembangan terbaharu menyaksikan pelumba berusia 32 tahun itu kembali ke atas jentera di litar berturap, menandakan satu lagi langkah penting dalam proses pemulihan.

Kembali ke Aspal dengan Ducati Panigale V2

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93)

‘Back on the bike and getting the feeling back ❤️’ –  tulis Marquez dalam media sosial, berkongsi keterujaan kembali menunggang motosikal di litar.

Beliau dilihat menunggang Ducati Panigale V2 dalam cuaca sejuk di Litar Aspar, Valencia, sekali gus menjadi sesi tunggangan aspal pertama sejak kecederaan tersebut.

Kehadiran Nama Besar MotoGP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pirro Michele (@michelepirro51)

Turut hadir di litar sama ialah pelumba uji Ducati, Michele Pirro yang bergambar bersama Marquez dan bekas juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo.

Lorenzo kini berperanan sebagai mentor kepada Maverick Vinales, yang juga menjalani latihan di fasiliti sama pada hari berkenaan.

Perkembangan Pelumba Lain

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

Pada hari sama, pelumba muda Ducati, Fermin Aldeguer, dilaporkan mengalami patah tulang paha dalam insiden berasingan di litar tersebut.

Pasukan Gresini kini masih belum mengesahkan tempoh pemulihan Aldeguer, dengan perhatian terarah kepada ujian pra-musim yang semakin hampir.

Fokus Ujian Sepang

MotoGP Malaysia di SIC

Aksi di Litar Aspar dijangka diteruskan Jumaat ini, dengan adik Marc, Alex Marquez, juga Naib Juara MotoGP 2025, yang dijangka menyertai sesi latihan. Ujian rasmi MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang dijadual berlangsung 3 – 5 Februari 2026, kurang sebulan dari sekarang.

Acara itu dijangka menjadi penampilan semula Marquez atas jentera MotoGP buat kali pertama sejak kemalangan dialami 5 Oktober tahun lalu, sekali gus memberi petunjuk awal tahap kesediaan bagi mempertahankan kejuaraan dunia musim 2026.

SUMBER: Crash.Net

2026 MotoGP Auto Terkini Ducati Lenovo Team Ducati Panigale V2 Fasa pemulihan Marc Marquez MotoGP MotoGP 2026
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.