Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Berbisa di Laman Sendiri, Masalah Jentera Buat Quartararo Tersingkir
Auto Terkini

Marquez Berbisa di Laman Sendiri, Masalah Jentera Buat Quartararo Tersingkir

AryonBy Aryon05/05/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA lagi mahu dikatakan, adinda Marc Marquez (Repsol Honda) membuktikan kehebatan di trek tanah air sendiri apabila mudah merangkul kejuaraan GP Sepanyol, di litar Jerez dengan beza masa lebih dua saat daripada pesaing paling hampir, Alex Rins (Suzuki Ecstar).

Marquez langsung tidak tercabar sejak lampu hijau dinyalakan walaupun grid paling depan menjadi milik pelumba termuda MotoGP, Fabio Quartararo daripada pasukan baharu Petronas Yamaha SRT, manakala rakan sepasukan, Franco Morbidelli di petak kedua.

BACA >>> Pelumba Termuda Mula Petak Pertama MotoGP, Petronas Yamaha SRT Lakar Sejarah

Heartbreak for @FabioQ20! 💔

Mechanical misfortune robs the @sepangracing rider of a maiden #MotoGP podium! 😲#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/MNdLwZpKbl

— MotoGP™ 🇪🇸 (@MotoGP) May 5, 2019

Paling mendukacitakan, Quartararo terkeluar daripada saingan akibat masalah peranti quickshifter ketika selesai menghabiskan separuh pusingan. Morbidelli awalnya memberikan sedikit saingan kepada Marquez, tetapi perlahan-lahan semakin ditinggalkan seorang demi seorang pelumba berpengalaman.

Rins pula melonjak dari petak ke-9 hingga berada di belakang Marquez, manakala Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) berjaya mengekalkan tempoh pecutan dan konsisten di tempat ketiga walaupun cuba diberikan saingan sengit pelumba Mission Winnow Ducati, Andrea Dovizioso. Ini juga podium pertama buat Vinales musim ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Kekanda Valentino Rossi agak bergelut dengan jentera apabila bermula di tempat ke-13, tetapi menggunakan segala kudrat dan pengalaman yang ada untuk perlahan-lahan memintas pelumba lain dengan menghabiskan perlumbaan di kedudukan ke-6.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech3) kekal gagal mendapat rentak sepatutnya, masih lagi berakhir di kedudukan paling belakang, ke-19. Rakan pasukan, Miguel Oliveira pula satu tangga di atas, tetapi beza mata antara Hafizh dan rakan pasukannya itu ialah 9 saat!

Sementara itu, pelumba pengilang RedBull KTM Factory, Johann Zarco dan Pol Espargaro masing-masing berakhir di tempat ke-13 dan 14. Juga kedudukan yang kurang memberangsangkan, tetapi masih mengumpul mata.

Sebahagian besar trek Jerez baru saja diturap semula pada November tahun lalu, dengan Michelin memperkenalkan empat opsyen tayar depan dan belakang berbeza.

BACA >>> Rossi: Zarco Tak Ada ‘Feeling’ dengan KTM

KEPUTUSAN GP Sepanyol 2019, CIRCUITO DE JEREZ 2019

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 8.685s
  2. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 10.339s
  3. Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 11.128s
  4. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 11.489s
  5. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 13.433s
  6. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 16.232s
  7. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 41m 16.913s
  8. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 41m 18.737s
  9. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 41m 18.959s
  10. Stefan Bradl GER HRC (RC213V) 41m 22.087s
  11. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 24.116s
  12. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 27.158s
  13. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 28.841s
  14. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 35.391s
  15. Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18) 41m 37.198s
  16. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) 41m 45.543s
  17. Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 50.075s
  18. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 41m 50.255s
  19. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 41m 59.253s
  • Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* DNF
  • Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* DNF
  • Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* DNF
Alex Rins Auto Terkini Circuito de Jerez Circuito de Jerez Àngel Nieto GP Sepanyol Marc Marquez MotoGP 2019 Repsol Honda sukan permotoran
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Pengendali bas di Malaysia
Auto Terkini

APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.