Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Akui Mungkin Bersara Lebih Awal – “Badan Akan Paksa Aku Berhenti”
Auto Terkini

Marquez Akui Mungkin Bersara Lebih Awal – “Badan Akan Paksa Aku Berhenti”

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JUARA dunia MotoGP tujuh kali, Marc Marquez secara terbuka mengakui karier lumba beliau berkemungkinan berakhir lebih awal daripada jangkaan, bukan kerana faktor mental, tetapi kerana keadaan fizikal yang semakin menuntut harga tinggi.

Pelumba berusia 32 tahun itu berkata tubuh badannya akan menjadi penentu utama bilakah masa untuk menggantung sut lumba, walaupun semangat dan keinginan untuk terus berlumba masih berada pada tahap tertinggi.

Badan Lebih Cepat Menyerah Berbanding Minda

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

Dalam satu temu bual bersama saluran televisyen Sepanyol, La Sexta, Marquez mengakui antara cabaran paling sukar bagi seorang atlet elit adalah mengetahui masa dan cara yang tepat untuk bersara.

Perkara paling sukar bagi atlet adalah mengetahui bila dan bagaimana untuk bersara, serta berapa lama perlu teruskan.

“Saya sudah tahu saya akan bersara lebih awal kerana badan saya akan menolak lebih kuat berbanding minda. Dari segi mental, saya masih seperti roket.”

Kecederaan Masih Jadi Bayangan

Pengakuan itu hadir selepas Marquez melengkapkan antara kisah kebangkitan paling luar biasa dalam sejarah MotoGP, apabila merangkul kejuaraan kelas premier ketujuh musim lalu, lima tahun selepas kecederaan serius lengan pada 2020 yang hampir menamatkan kariernya.

Walaupun terpaksa terlepas empat pusingan terakhir musim 2025 akibat kecederaan bahu, Marquez tetap memasuki musim 2026 sebagai calon utama kejuaraan. Namun, siri kecederaan dialami beliau dalam beberapa tahun kebelakangan ini jelas memberi kesan besar terhadap perancangan jangka panjang.

Tambah Marc,

Kita berada dalam sukan penuh risiko. Dengan semua yang saya pertaruhkan, kecederaan sebenarnya agak ‘berlembut’ dengan saya hingga fasa akhir ini’

“Setiap tahun saya perlu menilai keadaan tubuh saya, kerana dari segi mental, saya masih mahu terus berlumba.”

Kontrak semasa Marquez bersama Ducati juga bakal berakhir penghujung musim 2026, menjelang perubahan besar peraturan MotoGP pada 2027. Walaupun ramai menjangka beliau akan menyambung kontrak, isu persaraan kini semakin menjadi topik perbincangan.

Tidak Mahu Anak Jadi Pelumba

Dalam temu bual sama, Marquez turut menyentuh mengenai kehidupan peribadi dan harapanuntuk menjadi bapa dalam masa terdekat. Namun, secara jujur beliau mengakui tidak mahu anaknya mengikut jejak langkah sebagai pelumba motosikal.

Aku tak mau. Aku fikir pasal depan dan tak boleh elak untuk cakap, ‘kasihan budak tu’. Legasi aku akan jadi beban besar.”

Marquez berkata, membawa nama keluarga yang besar dalam dunia perlumbaan mungkin beri kelebihan dari segi kewangan, tetapi pada masa sama boleh menjejaskan ‘kelaparan’ dan dorongan untuk berjaya.

Depan mungkin tak akan kurang apa-apa, tetapi apabila seseorang tidak kurang apa-apa, depan tak ada keinginan yang sama,” katanya.

SUMBER: Crash.Net

Juara MotoGP Kecederaan serius Marc Marquez Marc Marquez bakal bersara MotoGP Pelumba Ducati Pelumba MotoGP bersara
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.