Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mantan PM Kesal Kerajaan Batal Pembinaan Litar Lumba Drag Setiap Negeri
Auto Terkini

Mantan PM Kesal Kerajaan Batal Pembinaan Litar Lumba Drag Setiap Negeri

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize25/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal keputusan Kerajaan tidak meneruskan pembinaan litar lumba drag di setiap negeri.

Menurut Ismail Sabri, ketika pentadbiran beliau, RM20 juta diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar tersebut untuk memberi peluang kepada golongan belia melibatkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran betul.

Menurutnya, litar drag itu juga boleh menjadi platform terbaik menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

Kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran merupakan salah satu punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak,” katanya.

Ismail Sabri pada Ogos tahun lalu menyatakan cadangan Kerajaan membina sekurang-kurangnya satu litar lumba drag di setiap negeri bagi memperkasa program pembangunan sukan permotoran yang dimasukkan dalam Bajet 2023.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat terkini pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak bercadang meneruskan cadangan kerajaan terdahulu itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan pembinaan litar tersebut akan menyebabkan Kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan tinggi ketika Kementeriannya sedang menumpukan usaha menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sukan sedia ada.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meninjau dan melawat litar lumba drag yang sudah siap dibina di Terengganu dan Johor.

Menurutnya, pembinaan litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang sudah siap pada 2022 hanya menelan kos RM1.3 juta dengan melibatkan kerjasama antara agensi swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.

Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang permotoran.

“Pihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya cadangan tersebut supaya satu penyelesaian tuntas dapat diberikan dan seterusnya dapat dimanfaatkan para belia,” katanya.

BACA >>> #Bajet2023: Peruntukan RM20j Untuk Bina Litar Drag
BACA >>> MAM Tidak Pernah Beri Kelulusan Acara Drag Litar Gong Badak

SUMBER: Utusan

bekas pm Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob drag race Litar Drag Litar Lumba Drag mantan pm setiap negeri
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.