Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
Roda2

Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN moped kelas 150cc kini semakin terbuka di pasaran Malaysia dengan debut Benelli RFS 150i, semalam yang dijangka mencabar dominasi kuat dua seteru utama sedia ada, Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Persoalannya, mampukah pembeli Malaysia memberi peluang kepada pendatang baru dunia moped tempatan ini?

Walaupun Benelli bukanlah asing dalam arena permotoran antarabangsa, tetapi jika mengambil kira aspek senioriti dan pengalaman dalam dunia moped, pembeli mungkin agak skeptikal dengan RFS 150i. Berdasarkan komen-komen pembaca, dapatlah kami simpulkan betapa isu-isu seperti kesediaan alat ganti, kos senggara dan baik pulih, nilai jual beli dan realibiliti masih menjadi topik hangat yang berlegar di fikiran pembeli apabila bersembang tentang model jenama Itali itu.

BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i

HARGA MENARIK, KOMPETITIF

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Jadi, sudah tentu pengumuman harga yang lebih murah (RM7,778.28, termasuk GST dan model paling premium) daripada dua pesaing lain adalah keputusan bijak dilakukan Benelli. Sekurang-kurangnya, faktor harga itu mampu menjadi daya penarik yang mendorong pembeli untuk membeli model ini. Malah, status Benelli yang duduk sebumbung bersama SYM di bawah MForceBike Holdings Sdn Bhd mampu memberikan lebih keyakinan kepada pembeli tempatan untuk mencuba sesuatu yang segar, sekali gus merancakkan pasaran motosikal kelas underbone.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

PRESTASI SETANDING

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Asasnya, prestasi Benelli RFS 150i tidak banyak berbeza dengan Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Menggunakan layout enjin SOHC yang sama seperti Yamaha Y15ZR dengan putaran enjin (RPM) bagi kuasa kuda dan tork yang juga sama dengan model Yamaha tersebut.

Namun, berbanding Y15ZR yang datang dengan sistem gear 5-kelajuan, Benelli RFS 150i pula menggunakan transmisi klac basah 6-kelajuan yang sama seperti Honda RS150R dengan suntikan bahan api EFI.

Ciri paling ketara ialah penggunaan tiga palam pencucuh yang secara teknikalnya membuatkan pembakaran enjin lebih cekap dengan prestasi optimum. Begitu juga dengan pengenalan teleskopik terbalik, satu-satunya moped yang berani menggunakan sistem suspensi sebegini, biasanya ada pada jentera kelas sport.

Apa lagi keistimewaan Benelli RFS 150i? Kapasiti tangki bahan api moped ini juga lebih besar, iaitu 4.8 liter, lebih 300ml berbanding Honda (4.5L), dan 600ml Yamaha (4.2L). Sekali lagi secara teknikalnya, Benelli RFS 150i mampu pergi lebih jauh berbanding dua pesaing lain.

TEPUK DADA TANYA SELERA

Benelli mungkin perlu berkira-kira untuk menghantar RFS 150i ke litar lumba, sekurang-kurangnya sebagai langkah asas untuk membuka mata peminat motosikal tempatan tentang prestasi sebenar moped ini. Ini termasuk mengukuhkan aspek kritikal yang bakal menentukan survival sesebuah jenama, iaitu alat ganti dan kos senggara.

Pada pendapat kami, dengan pasaran motosikal yang semakin terbuka dan maklumat mudah akses, Benelli sememangnya miliki potensi besar untuk menguasai pasaran moped tempatan jika kena caranya. Jom, saksikan dulu jadual perbandingan spesifikasi antara Benelli RFS 150i, Honda RS150R dan Yamana Y15ZR di bawah. Akhir kata, tepuk dada, tanya selera! 😀

benelli Benelli RFS150i Honda Honda RS150R Moped motosikal roda2 spesifikasi Yamaha Yamaha Y15ZR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 91 Comments

91 Comments

  1. Saga3 on 04/04/2017 00:57

    Benelli RFS 150i..

    Reply
  2. su on 04/04/2017 01:17

    design overall lawa, tp sticker macam bagi budak2 main tampal2, kalau painting bagi lawa macam y15zr, pehh

    Reply
  3. Jamidi Boi on 04/04/2017 07:58

    Motosikal serba baru bagi peminat maped di Malaysia terutama di Sibu Sarawak. Rasanya saya pun nak cuba model ini.

    Reply
  4. ismail on 04/04/2017 08:09

    RFS150i ni pakai 2T tak

    Reply
    • Dean75 on 07/04/2017 09:37

      4 stroke pakai 2T ke bang?

      Reply
      • ejan on 04/08/2017 19:02

        Hahahahaha

        Reply
      • Nemo on 07/03/2018 13:16

        2T tu mende pulak?

        Reply
      • azizi on 21/10/2018 06:14

        minyak masak bubuh dalam tangki 2 tutup cukup rasenya hehehehehehe

        Reply
    • asroy on 22/03/2018 23:17

      4 lejang…ngokkk..terajang ko tau la…

      Reply
      • Hzryl on 11/11/2019 09:08

        Hahahaha

        Reply
  5. ismail on 04/04/2017 08:14

    one more…..kalau nak start engin hanya pakai starter je ke…yg guna kaki tak ada ke

    Reply
    • ABG GYL on 04/04/2017 14:37

      Untuk Benelli hanya starter saja

      Reply
      • danial on 17/06/2017 17:51

        benelli ad la kick starter

        Reply
        • Anonymous on 25/11/2017 20:24

          Celah mna ada? Jiran aku ada sebijik

          Reply
    • Benitolli on 04/04/2017 15:58

      Mmm mcm Honda RS150.

      Reply
  6. suhaimi on 04/04/2017 09:09

    semalam aku baca kat sumber yg lain benelli ni 15.5hp….kat jadual atas tu 15.2hp

    Reply
    • ABG GYL on 04/04/2017 14:36

      ada kesilapan percetakan pada press release diberikan

      Reply
  7. yzf-R25 on 05/04/2017 23:10

    y15zr the best, kuasa tinggi, laju, tahan

    Reply
    • lol on 07/04/2017 00:45

      nampak benor nipu…..

      Reply
    • darkwertyu on 18/04/2017 16:39

      y15 mng tang design cun…honda still pegang performance lg tuh….enjin DOHC beb

      Reply
    • nzm on 26/09/2017 21:04

      rfs 150i pun boleh setanding dgn y15z , kita buat dia .

      Reply
    • Comot on 04/11/2017 02:21

      yamahal…mahal je lebih..laju dak pon…modi sini sana..pastu ckp standard ..

      Reply
  8. Jpwaran on 06/04/2017 16:39

    Fork Depan inverted ni jenama apa? supplier mana?

    Reply
  9. Wak on 08/04/2017 23:22

    USD fork ni kalau seal dia tak baik mudah bocor.
    3 spark plug ni rare.
    Multistrada dgn sv-650 pun 2 spark plug.
    Bole jd piston pecah kalau api besar.

    Reply
    • nzm on 26/09/2017 21:05

      hek anda , dia dah kaji awal awal laa aih

      Reply
    • rozi cokeng on 09/12/2017 11:05

      abah awak, 3spark plug tu bukan nye ketiga-tiga plug tu keluarkan spark serentak, tpi gilir-gilir lah untuk pembakaran sempurna. cek youtube bob yp

      Reply
    • asroy on 22/03/2018 23:21

      bongok…kalau terbakor baik xyah masuk Malaysia….ko ingat dorang ni cap ayam ke buat jentera ni..ko sekolah pon ponteng

      Reply
      • haziq on 20/07/2018 20:56

        hahahahah siot ah bro. aku terhibur

        Reply
        • keyrel on 24/11/2018 12:46

          hahaha.. tgok komen² lawak dlm ni terus rasa teringin plak nak angkat benelli ni

          Reply
          • wan on 26/06/2019 12:42

            memang lawak…klakar betul…tpi tak bahasa tak kesat…terbaik melayu muslim

  10. Amir on 10/04/2017 01:02

    So sebenarnya tiga tiga ni overall mana yg terbaik?

    Reply
  11. Musang6969 on 10/04/2017 16:00

    DESIGN all nice…but benelli has USD fork
    Reliability honda & yamaha
    Value after sale honda & yamaha
    Price benelli win
    Aftersale & service honda & yamaha
    Engine dohc honda better
    6 speed benelli & honda
    1.Honda
    2.Yamaha
    3.Benelli

    Reply
    • Putera Perdana on 24/04/2017 17:53

      Terbaik… Honda winners

      Reply
    • Ajib on 14/12/2017 22:27

      Maaf bertanya dr segi performance n jimat minyak mn yg ok ye??? Nk guna utk long distance
      Spare part mn yg lbh murah.???

      Reply
      • Jeemboo on 29/05/2018 11:09

        Nk jimat minyak pakai FZ150i la bang hahaha

        Reply
      • Ninja Pantera on 09/01/2020 08:32

        RFS150i paling jimat guna 3 spark plug utk pembakaran sempurna..

        Reply
  12. Calvin on 01/05/2017 22:25

    Jenama mana spart part lebih murah?

    Reply
  13. Dam on 16/07/2017 08:15

    Benelli ni ada cooling system kah mcm rs dan yz?

    Reply
    • Ninpow on 01/09/2017 23:15

      Cuba tgok betul2….benelli ada radiator water coolant

      Reply
  14. Rs 150 on 02/08/2017 12:57

    Honda laaaa…kemas

    Reply
  15. yafiq on 29/08/2017 23:14

    Wei, Y15 yg body baru tu ade kick starter tak??

    Reply
  16. Ninpow on 01/09/2017 14:35

    Benelli nih pioneer…xsalah kalau nak mencuba…kita beri peluang pd pendatang baru nih….asyik2 honda n yamaha jaaa…dah bosan,so carilah kelainan skit….lg pun dari segi teknologi benelli nih dah kedepan jika nak bandingkan dgn honda n yamaha menerusi triple spark sistem dia…sy dah study cmna cara kerja triple spark sistem nih…kepada yg berfikiran triple spark nih berpotensi besar utk buatkan piston berlubang atau pecah itu salah sama sekali,itu kalau api terlalu besar atau terlalu kuat..tp triple spark nih bukan api besar atau terlalu kuat….dia spark api sebanyak 3 kali mengikut giliran bukannnya 3 kali serentak,so kena paham yg ini….3 kali bergilir gilir utk mempastikan tiada lebihan bahan bakar yg tidak terbakar…cmfirm terbakar abis,so pembakaran sgt2 cekap n penggunaan fuel akan jd lebih save…kalau 1 spark saja,isunya pd kelajuan tinggi tambah2 lg dgn petrol ron95 yg mmg lambat terbakar akan buatkan ada sedikit fuel yg xsempat terbakar kemudian ditendang keluar melalui valve exzos…so fuel ini seterusnya akan terbakar di bahagian exzos…so ini yg kdg2 tuh kita akan mengalami simptom2 exzos meletup2 waktu kelajuan full throttle n kita drop throttle mengejut…dgn triple spark ini cmfirm xkan berlaku simptom ini…so tiada pembaziran bahan bakar….begitu jgak dgn twin spark….tetapi triple spark paling effisien…so respon throttle pun semestinya akan dirasai cukup ringan…performance pun pasti akan rs sgt2 berbeza dgn sistem triple spark nih…so benelli winsss!!!

    Reply
    • Syam on 11/12/2017 01:05

      Salesman benelli ka ni? saya dh bawak RFS ni..abang saya beli….performance x ke mana pon…buat rugi spark plug ja pakai byk2…torque out terus…gear 5,6 x ada power langsung…servis kena 3k km…gila…double cost dari Honda RS150…seb bek meter dia best…ada trip A B….temperature…

      Reply
    • budak penang on 04/03/2018 06:26

      benelli 150 kenapa nak free gear susah sikit…apa problemnya…

      Reply
      • Mus on 27/08/2019 03:48

        Betul,betul betul…… Saya dah Dua bulan beli Benelli Ni… Gier 5,6 memang Tak Ada power langsung. Amat megecewakan ….harap pehak benalli dapat megatasi masaallah Ni…

        Reply
        • ALJ 5543 on 19/11/2019 01:25

          bro bila rpm dah cecah 8 – 9 baru change gear itu baru bro taw cara superbike yg sebenar

          Reply
      • ALJ 5543 on 19/11/2019 01:29

        ejas clutch cabel sikit itu shj problem dia

        Reply
    • asroy on 22/03/2018 23:26

      aku suke ko komen..kita sebagai pengguna kene ada keyakinan…nak motor murah!! pas tu demand mcm2..baik buat 150 sendri..syabas braderr…terbaik…benelli mmg kehadapan….bosan aku pakai YAMAHA..Asyik rantai kendur xhabiss….

      Reply
      • badai on 16/09/2018 11:13

        aku pkai fx125 jer…bess..yusukiiiiiiiiii

        Reply
  17. Ozil on 08/09/2017 11:05

    TAYA BELAKANG NAMPAK MCM TERLALU SLIM…TAK NAMPAK “BULKY” – RIM BELAKANG COMPATIBLE TAK KALAU NAK MASUK TAYAR SAIZ 120/70 ..SAMA SEPERTI RS150R or YZ15?

    Reply
    • Puteri on 29/06/2018 22:31

      Tayar rfs lagi trbaik..sbb tayar dia bulat..blh kona baring…xrisiko sgt klau nk kona baring tuu..sbb apa..p kaji la dkt utube bnyk

      Reply
      • Senshuken Sphynx on 03/11/2019 18:41

        Patut la aku slalu jatoh time amik lap…..rupanya tayar yg aku pakai ni segi tiga….lpasni nk buboh tayar empat segi pulop….sepanjebob sekuweypen

        Reply
  18. Latiff on 10/09/2017 17:14

    Sy baru saja ambil benelli.

    Reply
    • ok x on 21/09/2017 13:47

      Best x?

      Reply
      • budak penang on 04/03/2018 06:23

        benelli rfs 150 ok cuma nak tanya kenapa masa nak free gear agak susah..ketat…

        Reply
        • asroy on 22/03/2018 23:28

          sebab die dareee bro…biasala…barang baru..ketat….ahhh

          Reply
        • ALJ 5543 on 19/11/2019 01:22

          clutch cabel dia kena adjust sikit itu shj

          Reply
  19. andy on 02/10/2017 13:53

    Rasanya y15zr sesuai untuk mat rempit budak baru nak up, yang pakai untuk modified racing pastu dah kawin jual balik ,

    Honda Rs150r sesuai unutk peringkat pertengahan yang dah kawin pakai motor hari pegi balik kerje taruk box blakang

    Beneli RFS 150i Sama seperti Honda Rs150r beza die cume mungkin spare parts susah nak cari atau mungkin mahal buat seketika nanti dah ramai permintaan baru lah okay harga die , cara strategi marketing bagi kualaiti yg sama macam honda tapi harge jauh lebih murah jadi permintaan spare parts akan jadi banyak dan boleh keluar model2 baru

    Reply
    • Syam on 11/12/2017 00:59

      Belang x ada water coolant… 🙂

      Reply
  20. abe zaini on 04/10/2017 15:54

    Pada saya better pakai honda rs150r, sebab banyak kelebihan..
    ada kick starter dan elektrik stater,
    enjin dohc twin cam,
    6 kelajuan atau speed,
    sekiranya samapai masa starter elektrik x berfungsi atau bateri dah kong, kick stater masih boleh digunakan..
    terbaek………..

    Reply
    • smr on 27/11/2017 12:15

      Kalu belang macam mane bro? DOHC gak kan..huhu

      Reply
      • unknown on 29/03/2018 01:00

        belang boleh pegi mampuss

        Reply
        • Ari karu on 07/05/2018 00:59

          motor belang ni senang nak wiillie tak?

          Reply
    • Oyah on 17/06/2018 11:13

      Kau silap nie..moto nie injection..kalau batery kong..guna la kick starter mcm mana skalipun mmg tk kn hidup..sbb fuel pump tk jalan

      Reply
  21. Tomok Motor on 12/01/2018 22:10

    bagi saya sistem maintenance dan part murah boleh pakai y15
    sebab sistem sochnya..dan jenama paling top dlm malaysia

    dari segi performance boleh pakai rs sistem doch terbukti berkuasa
    mungkin sedikit maintence lebih mahal

    untuk kelainan dan mencuba sesuatu lebih baru serta menarik boleh pakai rfs
    tetapi perlu difikirkan manintenance jika tak ramai peminat partnya mungkin sukar didadapi atau mahal..

    Reply
  22. Eddy on 24/01/2018 07:38

    Menjadi tanda tanya motor jenama yang baru menapak kat malaysia seperti benelli ni spare part mudah cari ke kat kedai2 nanti jadi macam suzuki belang walaupun dah lama menapak kat malaysia tetap susah nak cari spare part dan mahal…..

    Reply
  23. budak penang on 04/03/2018 06:31

    kenapa benelli susah nak free gear…

    Reply
    • raja jalan on 29/04/2018 12:46

      moto dara. Ketat lerr. tapi memang betoi. Kawan gua pakai dah 6 bulan. dok ketat jer. honda peeeh. lembut sioooll. terbaiiikk.

      Reply
  24. Tuan penasehat 20% on 17/03/2018 15:42

    Kalau x nak rugi atau menyesal baek lupakan saje motor buatan China@benelli…sakit hati dengan aftersale service…claim warranty takde spart part..menumpang kat pusat servis Sym…fikir fikir lah yob…!!

    Reply
  25. arif on 22/03/2018 09:11

    Kenapa mforce bawa masuk benelli ? bukankah lebih baik fokus terus pada SYM Super Moped 175i. Sudah bina jenama SYM orang nak beli SYM 175 tak mau jual pulak.

    Reply
  26. Daun keladi on 28/04/2018 18:10

    Sebagai pengguna benelli..tak payah laaa guna benelli..center hanya ada di mforce segambut..mforce penang ngan mforce jb..so nak order kene tggu barang 3 tempat ni..bukan condemn..tp worse come worse..if breakdown moto..runner moto xdapat tolong..bengkel xdapat tolong..sbb ape?spare part moto ni xdak bang..kene order..sebulan bru sampai..nak tau best ke tak customer service die..cuba call center mforce .tgok brapa lama n brapa kali call baru dorg nak angkat telefon..

    Reply
    • Anonymous Bikers on 09/01/2020 08:54

      Benda baru masuk pasaran Malaysia memang la masih kurang bengkel yg boleh buat RFS150i ni, sekarang tengok atas highway ada je yg pakai moto ni, bengkel service Benelli pun sekarang dh mula byk. Spare part klu bengkel x ada part boleh beli online sekarang.. spare part RFS boleh je kacuk part moto lain.

      Reply
  27. Samad ali on 28/04/2018 18:14

    Mforce ni dia tapaw brand sym..kymco..ktn..ktns..benelli..keeway..so brader pikir..sbbkan sebijik benelli 150 problem..xkan die nak pening wat cepat2..banyak lagi brand n cc besar die nak jaga..da la center limited nak mampos..menyesal beli benelli..tq

    Reply
  28. DinBeramboi on 27/09/2018 16:44

    Beli motor honda sbb Doch, pakai coverset yamaha sbb lawa, guna fork depan benelli….hehehe..

    Reply
  29. DinBeramboi on 27/09/2018 16:44

    Beli motor honda sbb Doch, pakai coverset yamaha sbb lawa, guna fork depan benelli….hehehe..

    Reply
  30. Mat Desa on 10/10/2018 21:59

    Moto apa pun sama ja.. Kalau kau merempit tetap jahanam barai juga. Kalau sopan santun budi bahasa..tetap tahan lama juga. Bukan salah jentera, tapi salah pemilik jentera. Serupa macam kau, bukan salah ibu mengandung. Tidak pulak aku nampak benelli penuh tersadai di kedai pomen.
    Andai teringin nk sambar benelli, teruskan. Yg bayar anda, yg nak menunggan pun anda..apa ada hal.

    Reply
  31. Abd wahid Ibrahim on 24/12/2018 07:40

    Baca Komen nie semua Lawak membuat kan aku ni Bungkus 2 ikat tepi lah.. Benilli nih.. Haha

    Reply
  32. Usin Kangkong on 24/01/2019 11:29

    Terbaik lah baca komen di laman web ini, agak terhibur dan banyak maklumat berguna juga, selamat maju jaya hebat!

    Reply
  33. Mat Bunga on 26/01/2019 12:13

    Habess motor mana yang bagus nie??..

    Reply
  34. mie323 on 12/03/2019 10:51

    clutch pendek tu bro tu psal susah nk free gear..tarik la bg pnjang ckit bru senang..klo dpt clutch lever adjustable mcm model SE dgn LE tu lg cun…mr. ben nie dia pnya shift gear mcm GS1200…nk shift x tarik clutch pn boleh x nyentap mcm y suku tu…

    Reply
  35. Baru nak up on 25/06/2019 01:38

    So bg aq yg baru nak up nh apa patut aq ambil??sape ada cadangan??nak yg berpatutan harga servis,harga beli…yg penting jimat lah sbb nak amik skli seumur hidup nh klu boleh..

    Reply
  36. Mathivelan on 04/07/2019 23:42

    I nak beli motor 150cc untuk guna jalan jauh setiap hari. Motor manakah sesuai?

    Reply
  37. NoBodyReadThese on 11/07/2019 06:27

    Kenape ade org ckp info pasal Benelli RFS 150i tu ade salah? Tang ayar & berat! I

    https://malaysia.benelli.com/product/rfs-150i

    Reply
  38. Mus on 27/08/2019 03:48

    Betul,betul betul…… Saya dah Dua bulan beli Benelli Ni… Gier 5,6 memang Tak Ada power langsung. Amat megecewakan ….harap pehak benalli dapat megatasi masaallah Ni…

    Reply
  39. reezal on 21/01/2020 13:11

    so moto mano yg paling bagus jang oii,,den ari2 ulang alik somban – PD..pakar2 moto dlm ni mntk bagi pendapat

    Reply
    • Mamat81 on 13/02/2020 14:48

      FZ150i LAH.. terbaik.. hari2 ulang alir jarak hampir 200 kilometer sehari.. tiada masalah.. janji service cantik

      Reply
  40. Kenneddy on 25/04/2020 18:49

    Aku dah pakai benelli nak dekat dua bulan alhamdulilah masih ok dan design limited edition dia memang lawa beb cuma tak cuku bajet nak beli limited edition.sebab akhir tahun lepas dah guna duit nak keluarkan honda rs warna hitam v1.tapi dari segi performance memang tak jauh dengan rs.spare part sekarang bersepah dekat shoopee dengan facebook cuma kena rajin google je.benelli ni pon dah masuk vietnam,indonesia,dan thailand.dlm beberapa bulan lagi memang tak perlu risau dengan spare part dia.honda ra dengan ysuku dulu pon member aku siap nak jual lagi motor dia sebab takder spare part.memanglah susah nak cari dahlah model baru lepas tu ko condemn takder spare part.haprak betul.btw saya memang puas hati dengan performance benelli rfs dan honda rs.dua dua memang tiptop

    Reply
  41. Areguy on 14/05/2020 18:36

    Sila bantu beri pendapat…saya nak beli motor..mana satu yg lagi bagus terbaik nak beli..pusing kpla skg pikir ni…otai2 bantu please..

    Reply
  42. Wini on 05/07/2020 17:13

    I never finds a worst bike as Benelli RFS 150i. I just bought the bike around dec or Jan 2020 and i almost take out Rm1000++ for this bike. Every month it giving some sort of issue. Sadly there is no well train technician in malaysia for 180 CC . When we expect service center to do their best, sadly i think there is also no experience technician. July 3rd 2020 i bring the bike for repairing just because the engine light blinks but on Saturday morning itself it start blinks again. On Friday the technician took almost 6hours to repair the bike but the outcome is nothing. Better not buy Benelli. The worst brand i had seen . I used yamaha and honda before and it is hardly having issue. I’m not gonna recommend Benelli since the bike giving soo much of problem

    Reply
  43. Shaiful82 on 24/08/2020 13:26

    Hurmmm esk baru nak beli cik ben ni tp tgk komen mcm risau pulak bab spare part

    Reply
  44. Jai on 24/09/2021 18:14

    RS bersepah..
    Y15 motor popular..

    BENELLI RFS150I RARE..

    Masa yang sesuai untuk mencuba kelainan. Spare part bukan masalah lagi untuk benelli.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

By Syafie18/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.