DUA nama besar dalam Volkswagen Group, Ducati dan MAN menjalin kerjasama menghasilkan MAN TGX Ducati Edition, yang diilhamkan daripada liveri jentera Ducati Lenovo dalam MotoGP
Perkongsian dua jenama itu bermula ketika musim MotoGP 2024 dan kini berkembang kepada perjanjian pelesenan berasaskan teknologi, gaya dan keselamatan.
Inspirasi Desmosedici GP: MAN TGX Versi Ducati Kini Realiti!
Majlis pelancaran rasmi MAN TGX Ducati Edition berlangsung pada 15 Mei 2025 di ibu pejabat Ducati di Borgo Panigale, Bologna dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali (foto atas kiri) dan Pengarah Urusan MAN Truck & Bus Italy, Marc Martinez.
Selepas kerjasama awal yang melibatkan pembekalan empat lori MAN untuk menyokong pasukan Ducati Lenovo Team di pusingan Eropah dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, hubungan itu berkembang menjadi satu perjanjian pelesenan rasmi.
MAN TGX Ducati Edition 2025 - Kuasa, Gaya dan Teknologi dalam Pakej Eksklusif
Hasilnya ialah lori eksklusif dengan pakej penyesuaian yang disahkan Ducati.
MAN TGX Ducati Edition dibina berasaskan model MAN TGX, iaitu model utama MAN dengan trenkuasa prestasi tinggi, dan kabin yang direka untuk keselesaan maksimum kepada pemandu, berserta pelbagai ciri dan sistem bantuan pemandu antara paling lengkap di pasaran.
Liver model itu direka bersama Centro Stile Ducati yang mengambil ilham grafik jentera Desmosedici GP ditunggang Francesco Bagnaia dan Marc Márquez daripada pasukan Ducati Lenovo.
Filem tiga dimensi (3D) khas menggabungkan warna merah dan hitam dengan kemasan krom serta permukaan bertekstur yang menyerlahkan identiti lumba Ducati.
Edisi Terhad 30 Unit Sahaja - Dengan Pengalaman Pemilikan Premium!
Gabungan sebenar antara teknologi, gaya dan keselamatan ini diperkenalkan terlebih dahulu dalam satu siri terhad 30 unit yang dinomborkan dan disahkan.
Selepas pelancaran awal itu, MAN TGX Ducati Edition akan tersedia sebagai pakej rasmi yang turut disertakan dengan Ducati Box Set istimewa untuk memberikan pengalaman pemilikan unik kepada pelanggan, khususnya peminat Ducati.
Pakej tersebut merangkumi lawatan ke kilang dan muzium Ducati, serta peluang menghadiri GP San Marino dan Riviera di Rimini pada 13 September 2025 di Litar Misano.
Spesifikasi Teknikal MAN TGX Ducati Edition
- Model: TGX 18.520 4x2 LL SA
- Enjin: D2676 Euro 6e
- Output: Kuasa 520hp dan tork 2,650Nm
- Transmisi: MAN TipMatic 12.26 DD dengan retarder
- Kabin: GX
Aksesori Utama dan Teknologi Terkini
- Rim aloi
- Bumbung suria elektrik
- Pelindung matahari aerodinamik
- Pakej lampu LED Plus
- Lampu kerja belakang kabin
- Perehat lengan pemandu dan penumpang
- Stereng multifungsi
- Paparan digital 12.3 inci
- Penyaman udara statik
- Peti sejuk dan ruang simpanan bawah katil
- Soket kuasa 12V dan 24V
- MAN Media Professional 12.3 inci dengan navigasi
- Sistem bunyi MAN Soundsystem
- MAN EasyControl
- Pakej cermin OptiView dengan kamera
- Penutup hendal pintu keluli
- Penutup hab dan nat
- Lampu pintu LED dengan logo Lion
- Dilengkapi sistem bantuan pemandu dan ciri keselamatan seperti sistem kawalan jelajah berasaskan GPS MAN EfficientCruise dengan pemanduan pintar PredictiveDrive, MAN EfficientRoll, MAN EasyStart, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Elektronik (EBS), brek enjin elektronik MAN EVBec, Signal Brek Kecemasan (EBS), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Regulasi Antigelincir (ASR), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) Plus, Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCS), bantuan perhatian MAN Attention Guard, pengesanan depan, Pengecaman Papan Tanda Trafik (TSR), sistem undur dengan dua kamera, dan penunjuk beban gandar (ALI) digital.
Dalaman Tema Ducati Corse
- Penyandar kepala kulit tiruan (leatherette) dengan sulaman logo perisai Ducati Corse
- Karpet khas pemandu dan penumpang Ducati Corse
- Karpet tengah leatherette dengan sulaman logo perisai Ducati Corse
- Panel pintu fabrik dengan sulaman logo perisai Ducati Corse
- Tirai malam dengan cetakan logo perisai Ducati Corse
- Logo 3D Ducati pada papan pemuka
- Pelekat hologram anti-tiru edisi Ducati
Luaran Eksklusif
- Grafik luaran dengan 3M Wrap Film Series 2080 3D (waranti lapan tahun)
- Logo Ducati di depan, belakang dan skirt sisi
- Perisai Ducati Corse pada sisi kabin dan spoiler bumbung
- Jalur gril depan dan logo MAN warna merah Ducati
- Kamera OptiView warna merah Ducati
- Panel sisi penapis dan tangga hitam kusam dengan tulisan MAN merah Ducati
- Logo 3D Ducati bawah nama model
Pakej Pengalaman Ducati
- 1 topi lumba rasmi Ducati Corse
- 1 tiket lawatan ke kilang dan muzium Ducati
- 1 tiket Ducati Grandstand untuk GP San Marino dan Riviera di Rimini
- 1 kad hadiah bernilai €200 (RM960) untuk digunakan di shop.ducati.com
Leave a Reply