Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Mahu Capai Pengeluaran Sejuta Tan Bahan Api Hijau Menjelang 2027
Auto Terkini

Malaysia Mahu Capai Pengeluaran Sejuta Tan Bahan Api Hijau Menjelang 2027

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pesawat MAS

MALAYSIA berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai pemain utama Bahan Api Penerbangan Mampan (Sustainable Aviation Fuel, SAF) peringkat serantau, dengan sasaran pengeluaran mencecah sejuta tan setahun menjelang 2027.

Sasaran itu selari dengan aspirasi negara di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dab agenda penyahkarbonan sektor penerbangan.

Laporan tematik ESG daripada BIMB Securities Bhd menyatakan, SAF dikenal pasti sebagai penyelesaian paling berdaya maju dalam jangka pendek hingga sederhana bagi mengurangkan pelepasan karbon industri penerbangan, yang kini menyumbang sekitar 2 hingga 2.5 peratus emisi karbon dioksida global.

SAF Tonggak Penyahkarbonan Industri Penerbangan

Laporan itu turut menyatakan, tanpa langkah mitigasi berkesan, pelepasan karbon daripada penerbangan antarabangsa berisiko meningkat hingga tiga kali ganda menjelang 2050. Situasi itu menjadikan peralihan kepada SAF semakin kritikal dalam usaha mengekang impak perubahan iklim.

SAF berupaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sepanjang kitaran hayat hingga 80 peratus, bergantung jenis bahan mentah dan laluan pengeluaran.

Keupayaan itu menjadikan komponen terpenting dalam strategi penyahkarbonan penerbangan global, terutama ketika teknologi alternatif seperti hidrogen dan elektrik masih memerlukan tempoh matang lebih lama.

Kelebihan Malaysia dari Sudut Bahan Mentah

Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif ketara dari segi bekalan bahan mentah SAF, terutama berasaskan sisa industri minyak sawit. Antara sumber utama termasuk sisa buangan kilang kelapa sawit, minyak masak terpakai dan sisa biomas daripada aktiviti perladangan.

Menurut BIMB Securities, penggunaan sisa pertanian itu bukan saja membantu mengurangkan emisi karbon, tetapi mewujudkan nilai tambah baharu dalam rantaian ekonomi negara.

Pendekatan tersebut turut menyokong naratif peralihan adil dan pengurusan sisa mampan, selari agenda ekonomi hijau.

SAF Bersifat ‘Drop-in’, Kos Peralihan Lebih Rendah

Antara kelebihan utama SAF ialah sifat ‘drop-in’, yang boleh digunakan terus pada pesawat dan infrastruktur sedia ada tanpa memerlukan pengubahsuaian besar. Faktor itu menjadikan SAF lebih praktikal berbanding teknologi bahan api alternatif lain.

BIMB Securities menjelaskan kelebihan itu secara langsung mengurangkan kos peralihan bagi industri penerbangan, sekali gus mempercepatkan kadar penerimaan SAF dalam tempoh terdekat, terutama bagi syarikat penerbangan yang beroperasi dengan margin keuntungan ketat.

Kapasiti Pengeluaran Menuju 2027

Dari sudut pengeluaran, Malaysia sedang mempersiap kapasiti besar menjelang 2027 dengan EcoCeres dan Petronas dikenal pasti sebagai peneraju industri SAF negara. EcoCeres kini membangunkan kemudahan di Pasir Gudang, Johor, dengan kapasiti sekitar 350,000 tan setahun, dan dilaporkan mula menghasilkan SAF pada Oktober 2025.

Sementara itu, Petronas juga merancang membangunkan kilang penapisan bio di Pengerang, Johor dengan kapasiti dianggarkan 650,000 tan setahun, melalui kerjasama rakan antarabangsa.

Gabungan kedua-dua projek itu bakal meletakkan kapasiti pengeluaran SAF Malaysia pada sekitar sejuta tan setahun.

Potensi Jadi Hab SAF Serantau

Dengan kapasiti pengeluaran tersebut, Malaysia berpotensi muncul sebagai hab pengeluaran SAF serantau, membekalkan bahan api hijau kepada pasaran Asia dan antarabangsa. Namun, laporan itu menegaskan cabaran utama ketika ini adalah ketiadaan mandat penggunaan SAF di peringkat domestik.

Sasaran campuran bahan api hijau di bawah NETR masih bersifat aspirasi tanpa penguatkuasaan undang-undang, berbeza Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) yang memperkenalkan mandat jelas dan insentif fiskal. Ketidaktentuan dasar itu berisiko melambatkan penggunaan domestik SAF.

Risiko Fokus Eksport, Isu Pensijilan

Tanpa dasar jelas, terdapat risiko kapasiti pengeluaran SAF Malaysia akan lebih tertumpu kepada pasaran eksport, sekali gus mengehadkan impak penyahkarbonan sektor penerbangan tempatan. Situasi itu boleh menjejaskan sasaran pelepasan sifar bersih negara dalam jangka panjang.

BIMB Securities turut menekankan kepentingan pensijilan mampan antarabangsa, khususnya dalam memastikan penggunaan sisa sawit tidak menimbulkan risiko reputasi. Pensijilan itu penting untuk mengekalkan akses pasaran global dan keyakinan pembeli antarabangsa.

dari Ladang ke Penerbangan

Secara keseluruhan, kejayaan sasaran pengeluaran sejuta tan SAF menjelang 2027 bergantung keseimbangan antara kapasiti pengeluaran dan penggunaan domestik, serta disokong dasar konsisten yang jelas.

Malaysia berpotensi membuktikan sumber tradisional seperti sawit mampu menjadi pemangkin inovasi tenaga hijau. Pendekatan ‘daripada ladang ke penerbangan’ bukan saja mengukuhkan kedudukan negara dalam ekonomi rendah karbon global, tetapi membuka lembaran baharu bagi industri tenaga dan penerbangan nasional.

SUMBER: BeritaHarian

bahan api hijau kelapa sawit Minyak sawit teknologi hijau malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.