Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahu Servis Kereta? Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih PETRONAS Auto Expert
Auto Terkini

Mahu Servis Kereta? Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih PETRONAS Auto Expert

Abang GYLBy Abang GYL30/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAK servis kereta, tapi tak tahu di mana dan takut pula kena tipu. Pengalaman cari bengkel kereta yang bagus, boleh diharap dan jujur memang sentiasa jadi dilema ramai pemilik kenderaan.

Apatah lagi jika anda pemandu baru pegang stereng, atau kaum wanita yang mungkin kurang pengetahuan tentang selok-belok enjin. Jadi setiap kali sampai masa servis, pasti tercari-cari bengkel terbaik mana satu yang perlu dituju. Sepatutnya kos tukar minyak pelincir dan penapis minyak, termasuk upah cuma RM150, tapi sekarang sudah kena ‘tapau’ sampai RM500. Kata mekanik, itu rosak, ini rosak. Itu kena tukar, ini kena tukar.

BACA >>> PETRONAS Auto Expert Pertama di Malaysia, Pusat Servis Profesional untuk Semua Jenis Kereta

Sudahnya, terpaksalah harapkan pusat servis rasmi yang pastinya menawarkan caj upah dan harga alat ganti lebih premium. Satu hal lagi, kena pula buat janji temu. Maklumlah bukan seorang dua yang kereta mereka hendak diservis di situ. Jenuh pula nak menunggu!

Kini anda tidak perlu risau. PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dan PETRONAS Lubricant International (PLI) baru saja melancarkan pusat servis automotif PETRONAS Auto Expert pertama di Malaysia dan dunia.  Diusahakan bersama Autohaus KL, ini ialah pusat servis yang menawarkan khidmat penyenggaraan kenderaan berkualiti tinggi.

Berikut 5 sebab kenapa anda perlu pilih PETRONAS Auto Expert:

1. HAB SERVIS

PETRONAS Auto Expert menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti penukaran minyak enjin, baik pulih, penukaran tayar, servis penyaman udara dan lain-lain. Maksudnya, banyak servis dalam satu bengkel. Kata orang putih, one stop centre.

Ya, hanya perlu pergi ke satu tempat dan anda kini boleh buat semua servis di atas pada masa sama. Malah, bengkel ini menerima semua jenis kenderaan tanpa mengira jenama. Kereta tempatan, Jepun, Korea, Amerika atau Eropah, semuanya boleh.

Paling penting, pelanggan boleh menikmati minyak pelincir premium, PETRONAS Syntium yang sudah terbukti sesuai digunakan semua jenis kenderaan dengan jarak perbatuan lebih jauh.

2. HARGA MAMPU MILIK, SERVIS PREMIUM

Tanpa perlu risau, PETRONAS Auto Expert menawarkan servis premium pada harga paling mampu milik. Memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang automotif, semua kenderaan diuruskan mekanik bertauliah.

Pelanggan dijamin diberikan perhatian sepenuhnya daripada pasukan mekanik terlatih dengan kelengkapan bengkel berteknologi terkini, bermula dari diagnosis awal, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.

3. SERVIS SIAP SEPANTAS 30 MINIT

Ya, kereta anda boleh siap sepantas 30 minit untuk servis biasa. Jadi, tidak perlu lagi ambil cuti semata-mata nak servis kereta! PETRONAS Auto Expert turut menawarkan pemeriksaan 30 poin PERCUMA untuk pemilik kenderaan yang datang servis di bengkel ini.

4. LUAS, SELESA, MEWAH

Memiliki keluasan 14,000 kaki persegi, PETRONAS Auto Expert mampu menyenggara hingga 40 unit kenderaan sehari. Bangunan tiga tingkat ini juga memiliki ruang menunggu selesa dengan penyaman udara, dan pelanggan boleh menikmati makanan ringan sementara menunggu kenderaan mereka siap.

5. KHIDMAT AMBIL DAN HANTAR PERCUMA

Tawaran paling istimewa ialah perkhidmatan percuma ambil dan hantar kereta pelanggan yang tinggal sekitar radius 5km dari PETRONAS Auto Expert di:

AUTOHAUS KL (Shah Alam)


  • No 43, Jalan 15/23 Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
 (BELAKANG KILANG GOODYEAR)

Beroperasi 7 hari seminggu, kecuali cuti umum, PETRONAS Auto Expert beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Sebarang janji temu atau persoalan, boleh hubungi talian berikut:

  • 03-5523 2003
  • 011-1218 6846 (Syafiq)
  • 016-441 4179 (Luqman)
GALERI
Petronas Auto Expert Autohaus KL
Petronas Auto Expert Autohaus KL
Auto Terkini Autohaus KL bengkel Bengkel Kereta Petronas PETRONAS Auto Expert PETRONAS Lubricant International (PLI) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) pusat servis
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026

    1 Comment

    1. Chong on 15/05/2019 18:04

      ade kerja kosong untuk workshop supervisor / service asistant tak?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.