Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu – Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar
Auto Terkini

Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu – Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

AryonBy Aryon19/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JAWA! ramai tahu perkataan ini, iaitu etnik kaum paling ramai di Indonesia dan juga nama kepulauan di negara jiran sana. Tapi Jawa di sini tiada kena mengena langsung dengan hal demografi, sebaik automotif!

Jawa ialah motosikal yang diasaskan di Prague, Czechoslovakia (kini menjadi ibu kota Republik Czech) pada 1929. Hari ini pengeluar itu masih mengeluarkan motosikal untuk pasaran Amerika Tengah, Rusia dan Britain walaupun tidak pernah menjengah masuk ke rantau sebelah sini.

Seperti Royal Enfield, Jawa kini dibina di India, tetapi pengeluaran Jawa di negara Asia Selatan itu sudah bermula sejak pertengahan 90-an. Kewujudan jenama itu mengumpul kelompok peminat tersendiri di India dan menjadi antara pencabar terkuat Royal Enfield.

BACA >>> Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield

Ini pula berita terbaharu tentang Jawa India yang kini dimiliki Mahindra Auto dan diberikan hak pembuatan motosikal jenama itu sejak 2016. Namun, tiada khabar meyakinkan sejak hak pemilikan itu termeterai hinggalah sekarang. Terkini, Mahindra menyiarkan imej enjin Jawa baharu, sekali gus memberi isyarat kebangkitan semula jenama tersebut.

SILINDER TUNGGAL, EKZOS KEMBAR


Enjin ditunjukkan ialah jenis silinder tunggal berkapasiti 293cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api. Menurut Mahindra, trenkuasa itu mampu menjana kuasa 27hp dan tork 27.9Nm. Ia bukan saja direka dengan penampilan seakan enjin 2-lejang, tetapi juga dibikin supaya berbunyi seperti enjin oldskool itu dengan ekzos yang ditala khas.

Masih tidak dapat dipastikan bagaimanakah Mahindra melakukannya, tetapi pasti ramai peminat permotoran teruja dengan perkembangan tersebut. Bercakap mengenai ekzos pula, dapatkah anda bayangkan situasi tetapan ekzos kembar pada jentera silinder tunggal? Hmm…

BACA >>> Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson

Cuma enjin ditayangkan dan tiada model bayangan didedahkan. Namun, jika Mahindra mampu menghasilkan produk dengan rekabentuk terbaik bersama enjin yang bagus, pasti Jawa menjadi jentera yang cukup kacak atas jalan.

SUMBER: RideApart

300cc Auto Terkini Czechoslovakia Enjin Jawa Baharu India Jawa Jawa Moto Mahindra Auto Motosikal India Prague
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.