Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAHB Catat 104.4 Juta Penumpang Sepanjang 2025!
Auto Terkini

MAHB Catat 104.4 Juta Penumpang Sepanjang 2025!

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT pengendali lapanagn terbang di Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan prestasi memberangsangkan sepanjang 2025 dengan pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global mencecah 104.4 juta penumpang.

Angka itu meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelum (2024), sekali gus mencerminkan momentum positif menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Daripada jumlah tersebut, 39 lapangan terbang tempatan di bawah kendalian MAHB merekodkan 63.3 juta penumpang, manakala selebihnya disumbangkan operasi antarabangsa kumpulan.

Disember 2025 Bulan Paling Sibuk

Menurut MAHB, Disember 2025 menjadi bulan operasi paling mencabar dengan hampir 10 juta penumpang dikendalikan di seluruh lapangan terbang negara, iaitu peningkatan 15.5 peratus berbanding tempoh sama tahun terdahulu.

Tempoh itu disebabkan musim perayaan yang sangat sibuk antara Krismas dan Tahun Baharu, dengan lebih sejuta penumpang diproses selama tiga hari berturut-turut, sekali gus menguji keupayaan operasi lapangan terbang seluruh negara.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, pencapaian itu membuktikan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan rangkaian lapangan terbang kendalian MAHB.

KLIA Kekal Peneraju, Subang Catat Pertumbuhan Tertinggi

Prestasi Disember 2025 di lapangan terbang utama negara terus diterajui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengendalikan 6.1 juta penumpang, menjadikan jumlah keseluruhan tahunan sebanyak 63.3 juta penumpang, meningkat 10.8 peratus tahun ke tahun (YoY).

Sementara itu:

  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) mencatatkan pertumbuhan bulanan paling kukuh, melonjak 34.4 peratus kepada 191,000 penumpang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu meningkat 23.5 peratus kepada 802,000 penumpang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi naik 23.0 peratus kepada 290,000 penumpang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bertambah 12.2 peratus kepada 772,000 penumpang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching meningkat 10.3 peratus kepada 540,000 penumpang

Laluan Baharu Perkukuh Keterhubungan KLIA

MAHB turut memaklumkan beberapa perkhidmatan penerbangan baharu yang dilancarkan pada Disember 2025 memperkukuh lagi jaringan penerbangan di KLIA.

Antaranya:

  • Xiamen Airlines: Tiga penerbangan mingguan Hangzhou – Kuala Lumpur (Terminal 2)
  • 9 Air: Tiga penerbangan mingguan Hangzhou – Kuala Lumpur
  • Hainan Airlines: Dua penerbangan mingguan Qionghai – Kuala Lumpur

Selain itu, Batik Air Malaysia memperkenalkan enam perkhidmatan baharu termasuk laluan ke Osaka (Kansai), Singapura (dari Ipoh, Subang dan Pulau Pinang), Kuala Namu dan Jakarta (CGK).

Firefly pula melancarkan lima penerbangan mingguan ke Cebu, manakala Sichuan Airlines memulakan tiga penerbangan mingguan antara Chongqing – Kuala Lumpur.

Prestasi Kukuh Aset Antarabangsa MAHB

Di peringkat antarabangsa, aset MAHB, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turkiye mencatatkan prestasi cemerlang dengan 49 juta penumpang sepanjang 2025, meningkat 17.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi Disember sahaja, lapangan terbang itu merekodkan 4.2 juta penumpang, menyumbang signifikan kepada pertumbuhan keseluruhan kumpulan.

Fokus Sokong Permintaan Tahun Melawat Malaysia 2026

MAHB menegaskan pihaknya kekal memberi tumpuan untuk:

  • Mengukuhkan daya tahan perkhidmatan
  • Meningkatkan kesiapsiagaan kapasiti
  • Memacu pertumbuhan berasaskan kerjasama strategik

Langkah ini penting bagi menyokong peningkatan permintaan perjalanan udara selari kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab penerbangan serantau.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.