Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Made In Malaysia’ Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia
Auto Terkini

‘Made In Malaysia’ Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia

Han OthmanBy Han Othman05/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi memang cukup laris di Malaysia. Sebutkan apa saja, praktikal, kompak, tangkas, harga berbaloi dan jimat minyak, semua dimiliki Myvi. Model itu cukup untuk  menggambarkan cita rasa majoriti pembeli kereta di Malaysia.

Namun berbeza pula situasi di negara jiran Indonesia. Daihatsu Sirion, yang di-rebadge daripada Myvi Malaysia, hanya mampu dijual 1,249 unit sepanjang 8 bulan antara Februari dan November 2018. Langsung kalah dengan pesaing subkompak hatchback lain seperti Suzuki Ignis, Honda Brio dan Datsun.

BACA >>> Perodua Myvi Dipilih Kereta Aras Mula Terbaik COTY Malaysia 2018

Sekarang, timbul persoalan, kenapa jualan model itu sendu di Indonesia?

Ini kerana, spesifikasi Sirion tidak jauh berbeza dengan pesaing jenama lain, termasuk juga harga. Varian manual misalnya, dijual Rp182.5 juta (RM52,882), manakala automatik, dijual Rp195 juta (RM56,504). Mengikut pasaran Indonesia, harga itu tidak mahal buat pembeli kereta pertama di sana. Sebelum terlupa, Myvi manual metalik di Malaysia berharga RM42,790 (siapa cakap kereta Indonesia semuanya murah? :P).

Dari segi teknikal pula, Sirion didatangkan dengan enjin 1.3L (tiada varian 1.5L di Indonesia) yang memang terkenal jimat minyak, dan berprestasi berbanding pesaing berenjin 1.2L. Tetapi kenapa jualan masih muram?

Walaupun Pengarah Pemasaran Astra Daihatsu Motor (ADM), Amelia Tjandra mendakwa Daihatsu tidak terlalu fokus tentang jualan Sirion dengan cuma meletakkan sasaran 200 unit sebulan dan sepatutnya meraih jualan lebih kurang 2,000 unit sepanjang tempoh 10 bulan itu. Namun, angka diperoleh jauh merosot.

BACA >>> Daihatsu Sirion (2018) Lancar di Indonesia – 1.3L, Harga Bermula Rp193 Juta (RM56k)

Namun faktanya, trend kemerosotan Sirion (Myvi generasi 2) sudah dapat dikesan sejak 2017, cuma terjual 1,790 unit, merosot daripada angka 2,950 unit (2016).

PEMBELI INDONESIA TIDAK SUKA PRODUK MALAYSIA?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Institut Penyelidikan Mengenai Indonesia, ALVARA, Hasanuddin Ali mengakui memang ada sentimen negatif di kalangan pembeli Indonesia terhadap produk Malaysia. Menurutnya, rata-rata pengguna Indonesia ialah golongan kelas menengah yang terdedah kepada isu semasa dan konflik Indonesia-Malaysia, sekali gus menjejaskan produk dari Malaysia.

“Kitakan ramai pengguna kelas menengah. Mereka ialah pengguna terpelajar dan anak-anak muda yang enggan membeli produk Malaysia, sebab itu ia tidak begitu laris di pasaran,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Hasanuddin, sentimen itu cuma terhad kepada produk tertentu seperti kenderaan, dan tidak untuk produk seperti AirAsia, CIMB Niaga atau Centro.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan jualan Sirion disebabkan beza harga besar dengan model Daihatsu lain dalam kategori LCGC (kereta hijau kos rendah) seperti Ayla dan Sigra. Jadi dengan harga hampir Rp200 juta (RM57,953), mungkin pembeli berpendapat lebih balik pilih hatchback jenama lain yang lebih gah seperti Toyota Yaris atau Honda Jazz.

BACA >>> Foto Daihatsu ‘Sirion Myvi’ Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia

Bukankah sentimen itu sama juga seperti Malaysia? Lebih baik beli Honda City (sekadar contoh) standard daripada Proton Preve yang premium. Imej mewah dan classy itu lebih terserlah kepada jenama import. Kalau di Indonesia, Toyota dan Honda ialah jenama lebih premium berbanding Daihatsu.

Jika tidak mahu melabur banyak, pembeli Indonesia ada pilihan untuk memilih model lain setaraf, iaitu Honda Brio. Walaupun Sirion mungkin lebih berspesifikasi, tetapi Brio membawa nama Honda yang lebih premium. Jadi, semua itu menjadi dilema dan masalah yang perlu ditangani ADM, dan memang ada ura-ura, model Sirion akan dihentikan pengeluaran di negara seberang itu.

GALERI

SUMBER: DapurPacu

Daihatsu Daihatsu Sirion (2018) Perodua Perodua Myvi subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Logo GWM
PHEV

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

24/06/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

24/06/2026
Auto Terkini

Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.