Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: Jualan Kenderaan Baharu Sepanjang Penggal Pertama 2025 Merosot 4.6 Peratus!
Auto Terkini

MAA: Jualan Kenderaan Baharu Sepanjang Penggal Pertama 2025 Merosot 4.6 Peratus!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Data jualan kenderaan MAA
JUALAN kenderaan baharu di Malaysia mencatatkan penurunan sepanjang penggal pertama 2025 (1H2025) berbanding tempoh sama tahun lalu 2024.

Berdasarkan data diumumkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah keseluruhan industri (TIV) 1H2025 merekodkan 373,636 unit, merosot 4.6 peratus berbanding 391,451 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Segmen Penumpang, Komersial Merosot

Jumlah jualan kenderaan sepanjang penggal pertama 2025

Penurunan itu sebahagian besar disumbangkan kemerosotan dalam segmen kenderaan penumpang (-3 peratus) dan lebih ketara dalam segmen kenderaan komersial yang merosot 21 peratus.

Kategori                                  1H 2025       1H 2024          Variasi        %
Kenderaan Penumpang       347,084       357,856           -10,772      -3
Kenderaan Komersial          26,552          33,595              -7,043      -21
Jumlah                               373,636       391,451         -17,815    -4.6

Walaupun mencatat dua bulan berturut-turut peningkatan jualan pada Mac dan April 2025 berbanding tahun sebelumnya, prestasi bulan lain menurun dan menyumbang kepada angka keseluruhan lebih rendah.

Faktor Penyusutan Jualan

Antara punca utama penurunan TIV 1H2025 adalah:

  • Kesan asas tinggi daripada rekod jualan 2024 (816,747 unit), menjadikan perbandingan tahun ini lebih rendah secara semula jadi
  • Jualan awal Disember 2024 yang mencecah rekod bulanan tertinggi (81,735 unit) menyebabkan jualan Januari 2025 menjunam kepada 50,397 unit
  • Penarikan subsidi diesel pada Jun 2024 turut menjejaskan permintaan untuk kenderaan komersial secara drastik.

Perkembangan Pasaran Nasional vs Bukan Nasional

Jumlah jualan kenderaan sepanjang penggal pertama 2025 berdasarkan kenderaan nasional dan bukan nasional

Walaupun jualan keseluruhan menurun, jenama nasional meningkat 1 peratus pegangan pasaran kepada 63 peratus, bersamaan 235,961 unit.

Namun, data masih mencatatkan penurunan 2.5 peratus atau 5,976 unit. Bagi jenama bukan nasional pula, penurunan lebih ketara, iaitu 7.9 peratus daripada 149,514 unit kepada 137,675 unit.

Pengeluaran Tempatan Turut Menurun

Jumlah keseluruhan kenderaan dikeluarkan di Malaysia juga merosot 10.1 peratus kepada 352,626 unit sepanjang 1H2025 berbanding 392,264 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Penurunan itu seiring kemerosotan permintaan pasaran.

MAA Kekal dengan Unjuran 2025

Jumlah jualan kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia sepanjang penggal pertama 2025

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, MAA mengekalkan unjuran TIV 2025 pada 780,000 unit, lebih rendah sedikit berbanding 2024. Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor utama:

  • Ekonomi domestik yang masih kukuh dengan unjuran pertumbuhan KDNK 3.5-4.5 peratus
  • Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijangka merangsang pembelian
  • Pelancaran model baharu termasuk kenderaan elektrik (EV) daripada jenama nasional menjelang akhir tahun
  • Kesediaan pemain industri melaksanakan promosi agresif dan penawaran nilai tambah kepada pelanggan.

Kesimpulannya, walaupun prestasi jualan kenderaan baharu sedikit perlahan awal 2025, MAA percaya pasaran akan kembali rancak pada separuh kedua tahun ini yang dipacu pelbagai inisiatif dan penawaran baharu daripada pemain industri.

Ikuti PanduLaju untuk perkembangan lanjut pasaran automotif tempatan dan luar negara.

Kenderaan Elektrik Kenderaan Hibrid Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) MAA Malaysia Automobile Association
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.