Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: TIV 2026 Dianggar Susut 3.8 Peratus, Apa Puncanya?
Auto Terkini

MAA: TIV 2026 Dianggar Susut 3.8 Peratus, Apa Puncanya?

SyafieBy Syafie22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INDUSTRI automotif Malaysia dijangka memasuki fasa lebih sederhana pada 2026, dengan prestasi pasaran dipengaruhi gabungan faktor risiko global, tekanan kos dan perubahan dasar, walaupun masih disokong permintaan domestik berdaya tahan.

Unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2026 mencapai 790,000 unit, menyusut 3.8 peratus berbanding pencapaian 820,752 unit pada 2025.

Pertumbuhan Ekonomi Lebih Perlahan, Tekanan Kos

MAA mengenal pasti beberapa risiko utama yang boleh menjejaskan prestasi pasaran automotif tahun ini. Antaranya:

  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Malaysia dijangka sederhana pada paras 4.0 – 4.5 peratus, lebih rendah berbanding anggaran 4.9 peratus pada 2025
  • Ketidaktentuan geopolitik dan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang tidak konsisten kekal menjadi kebimbangan terhadap kelebihan perdagangan Malaysia
  • Tekanan inflasi berterusan turut meningkatkan kos pembuatan, komponen dan operasi, sekali gus mengecilkan margin keuntungan pengeluar (OEM) dan pengedar

Penamatan Insentif EV, Kuasa Beli Pengguna

Antara faktor penting lain adalah penamatan insentif cukai bagi kenderaan elektrik (EV) import dan potensi perubahan duti eksais serta kaedah pengiraan harga, yang boleh menyebabkan harga kenderaan baharu meningkat dan menjadi kurang mampu milik.

Walaupun minat terhadap EV semakin meningkat, MAA berpandangan pasaran EV Malaysia masih berada pada peringkat awal, dan memerlukan penekanan lebih besar terhadap pembangunan pemasangan tempatan (CKD) serta ekosistem sokongan.

Pada masa sama, harga bahan api bersubsidi berpotensi memperlahan peralihan pengguna kepada EV.

Faktor peningkatan kos sara hidup juga dijangka mengehadkan pendapatan boleh guna, sekali gus memberi kesan kepada kuasa beli pengguna terhadap kenderaan baharu.

Pasaran Buruh Stabil, Permintaan Kenderaan Mampu Milik

Di sebalik cabaran tersebut, MAA mengenal pasti beberapa faktor positif yang dijangka menyokong daya tahan pasaran automotif pada 2026. Antaranya pasaran buruh stabil dengan kadar pengangguran rendah sekitar 2.9 peratus, yang memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus berbelanja.

Permintaan terhadap kenderaan mampu milik dan jimat bahan api, terutama jenama nasional, dijangka kekal kukuh.

Selain itu, pembangunan ekosistem EV akan terus menarik minat pelaburan asing, pemindahan teknologi dan pertumbuhan jangka panjang industri.

Model Baharu, Strategi Promosi Kekal Tarikan

MAA turut menjangka pengenalan jenama dan model baharu 2026 akan menyuntik keterujaan dalam pasaran.

Strategi promosi lebih agresif dan perkhidmatan nilai tambah daripada pengeluar dan pengedar dijangka terus memainkan peranan penting dalam merangsang minat pembeli.

Bukan Merosot, Tapi Lebih Sederhana

Secara keseluruhan, unjuran 2026 menggambarkan industri automotif Malaysia berada dalam fasa normalisasi selepas dua tahun prestasi kukuh, dengan pasaran dijangka lebih berhati-hati.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, asas permintaan domestik, kestabilan pasaran buruh dan peralihan berperingkat ke arah elektrifikasi dijangka terus menyokong industri dalam jangka sederhana dan panjang.

Auto Terkini Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Malaysian Automotive Association (MAA)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.