Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri
Auto Terkini

LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri

SyafieBy Syafie19/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS melalui fasa naik taraf, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa dijangka kembali beroperasi sepenuhnya bermula 5 Mac ini.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Saizol Ismail berkata, operasi penuh yang dijadualkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan susulan isu teknikal melibatkan sistem penghantar bagasi (conveyor) yang kini berada di peringkat akhir pelaksanaan.

Menurut beliau, hasil lawatan ke lokasi minggu lalu mendapati persiapan akhir sedang giat dijalankan dan lapangan terbang berkenaan dijangka bersedia sepenuhnya menjelang pertengahan Ramadan.

Lonjakan Aidilfitri Jadi Tumpuan

Pengoperasian penuh LTSIP dilihat signifikan bagi menampung lonjakan pergerakan penumpang menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Saizol turut memaklumkan beberapa operator penerbangan dijangka menambah jambatan udara (aerobridge) bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

Beliau juga berharap syarikat penerbangan dapat mengambil peluang memperluas rangkaian destinasi termasuk ke luar negara, walaupun LTSIP belum berstatus lapangan terbang antarabangsa sepenuhnya.

Terminal Baharu Tarik Perhatian Penumpang

Sebelum ini, media melaporkan penumpang teruja menggunakan kemudahan terminal baharu fasa pertama LTSIP yang mula beroperasi pada Mei 2024.

Tinjauan mendapati wajah baharu lapangan terbang tersebut menerima reaksi positif, malah ramai penumpang mengambil kesempatan merakam gambar sebagai kenangan.

Dengan pengoperasian penuh bermula awal Mac ini, LTSIP dijangka memberi nafas baharu kepada sektor pengangkutan udara di Kelantan, sekali gus memperkukuh hubungan domestik dan potensi pelancongan negeri.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Hari Raya Aidilfitri 2026 Kelantan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027
MotoGP

#MotoGP2026: Adelaide Jadi Litar Jalan Raya Pertama GP Australia 2027

19/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia, Sokong Sistem Tol ANPR di PLUS

19/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.