Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!
Aksesori

Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!

SyafieBy Syafie08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO

JENAMA aksesori penunggang global, LS2 melancarkan dua model sarung tangan terbaharu, iaitu LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO, yang direka khas untuk kegunaan harian penunggang komuter bandar dan jalanan.

Kedua-dua model itu ditawarkan dalam versi lelaki dan wanita, yang menampilkan kombinasi perlindungan, keselesaan dan fungsi praktikal seperti sokongan skrin sentuh, pada harga mampu milik bermula RM89.

Logo LS2

LS2 Dart II EVO – Ringan, Praktikal, Selesa untuk Komuter

LS2 Dart II EVO disasarkan kepada penunggang harian yang mahukan sarung tangan ringan, tetapi tetap selamat untuk perjalanan ulang-alik harian.

Ciri Utama LS2 Dart II EVO

  • Fabrik spandeks ringan digabungkan dengan kulit sued tahan lasak
  • Perlindungan busa pada jari
  • Pelindung buku jari jenis lembut (soft knuckle protector)
  • Lapisan silikon antigelincir pada tapak tangan
  • Pelindung gelongsor tapak tangan jenis TPR
  • Fungsi sentuh skrin untuk penggunaan telefon pintar
  • Rekabentuk ergonomik sesuai tunggangan jarak dekat dan sederhana

Pilihan Warna

  • Hitam
  • Hitam dengan aksen merah
  • Biru
  • Merah
  • Putih

Harga disyorkan – RM89

LS2 Chaki EVO – Perlindungan Lebih Mantap untuk Street Rider

Kepada penunggang yang mahukan tahap perlindungan lebih tinggi tanpa mengorbankan keselesaan, LS2 Chaki EVO tampil sebagai pilihan premium dalam kategori sarung tangan harian.

Ciri Utama LS2 Chaki EVO

  • Fabrik mesh bernafas (breathable mesh) untuk aliran udara lebih baik
  • Gabungan kulit sued kekuatan tinggi
  • Perlindungan busa pada jari
  • Pelindung buku jari TPU keras untuk keselamatan tambahan
  • Lapisan antigelincir silikon pada tapak tangan
  • Pelindung gelongsor tapak tangan jenis TPR
  • Fungsi sentuh skrin
  • Direka sesuai untuk penunggang bandar dan jalanan

Pilihan Warna

  • Hitam
  • Hitam dengan jahitan merah
  • Variasi warna cerah terpilih

Harga disyorkan – RM99

Harga Bawah RM100 Tapi Kualiti Tinggi

LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO

Pada harga bawah RM100, LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO menawarkan nilai sangat kompetitif dalam segmen sarung tangan motosikal harian.

Sama ada untuk ulang-alik kerja atau tunggangan santai hujung minggu, kedua-dua model sarung tangan itu memberikan gabungan perlindungan, keselesaan dan fungsi moden yang relevan dengan keperluan penunggang masa kini.

Auto Terkini LS2 LS2 Chaki EVO LS2 Dart II EVO Sarung Tangan Motosikal
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.