Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lotus Lancar Barisan Emeya Hyper-GT Baharu untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM459k
Roda4

Lotus Lancar Barisan Emeya Hyper-GT Baharu untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM459k

SyafieBy Syafie15/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LOTUS Cars Malaysia, di bawah Karrus Automotive Group, mengumumkan peluasan barisan model Lotus Emeya Hyper-GT dalam dua varian: Emeya 600 dan Emeya 900 pada harga bermula RM459,000.

Langkah itu sebahagian strategi global Lotus untuk menjadikan Emeya lebih mudah diakses dengan mengekalkan DNA teras rekabentuk berani, prestasi elektrik memukau dan inovasi fokus pemandu.

Model baharu itu menggunakan penamaan berasaskan output kuasa dengan setiap varian dilengkapi pakej ciri tersendiri sama ada menumpukan prestasi sporty atau kemewahan berteknologi tinggi. Ini memudahkan proses pemilihan pelanggan tanpa mengorbankan pilihan gaya peribadi.

Lotus sebelum ini sudah memperkenalkan pendekatan sama pada Emira, Electre dan Emeya dengan menghidupkan semula nama legenda seperti Sport dan GT SE dalam barisan moden jenama itu.

Prestasi Hyper-GT Tanpa Kompromi

Dibina sepenuhnya sebagai Hyper-GT elektrik, Lotus Emeya menawarkan gabungan kelajuan, ketangkasan dan keselesaan jarak jauh. Pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 2.78 saat yang meletakkan model itu antara terpantas dalam segmen.

Suspensi udara adaptif dengan Kawalan Redaman Berterusan (Continuous Damping Control, CDC) memberikan pemanduan halus dan responsif, manakala talaan casis khas menjamin pengendalian tiada tandingan.

Bahagian kabin menggabungkan teknologi terkini dengan material mewah seperti fabrik prestasi mampan LotusWear untuk suasana pemanduan eksklusif dan mesra alam.

1. Lotus Emeya 600 Series

i. Emeya 600 – RM459,000

  • Output kuasa 603hp dalam pacuan semua roda (AWD)
  • Bateri 102kWh, dengan pengecas AC 22kW
  • Suspensi udara CDC
  • Rim 20 inci
  • Sistem audio KEF Premium 15-pembesar suara
  • Paparan dongak (HUD) 29 inci
  • Kemasan dalaman Jasper LotusWear

ii. Emeya 600 GT SE – RM519,000

  • Ada semua ciri Emeya 600
  • Pek parkir Parking Pack
  • Rim 21 inci, dan brek cakera dengan kalipir 6-piston
  • Bumbung kaca pintar
  • Pintu but bebas tangan
  • Lampu ambien boleh laras
  • Sil sisi iluminasi

iii. Emeya 600 Sport SE – RM599,000

  • Ada semua ciri GT SE
  • Pek pengendalian dinamik Lotus Dynamic Handling Pack
  • Spoiler aktif
  • Difuser belakang aktif
  • Pek kerusi Comfort Seat Pack (kerusi ventilasi dan urut)
  • Pintu soft-close

2. Lotus Emeya 900 Series

2. Lotus Emeya 900 Series

i. Emeya 900 Sport – RM699,000

  • Output kuasa 905hp, dengan transmisi 2-kelajuan
  • Pek pengendalian dinamik Lotus Dynamic Handling Pack
  • Spoiler aktif
  • Kemasan dalaman Quartz LotusWear

ii. Emeya 900 Sport Carbon – RM729,000

  • Ada semua ciri 900 Sport
  • Pakej gentian karbon luaran dan dalaman
  • Kerusi urut dan ventilasi
  • Pintu soft-close
  • Difuser dan penutup udara aktif

Tempahan dan Penghantaran

Tempahan kini dibuka di bilik pameran Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Pavilion Damansara Heights dan Pulau Pinang. Penghantaran pertama dijangka bermula September 2025.

Maklumat lanjut boleh hubungi 016-6112388, e-mel hello@lotuscarsmalaysia.com atau layari laman rasmi LotusCarsMalaysia.

Pilihan Lebih Luas, Lebih Dekat di Hati Peminat

Pelancaran Lotus Emeya 600 Series dan pengukuhan Lotus Emeya 900 Series membuktikan Lotus bukan sekadar mengejar angka kuasa, tetapi juga kepelbagaian dan nilai.

Pada harga bermula RM459,000, Lotus Emeya kini lebih mudah dimiliki tanpa menjejaskan prestasi dan kemewahan yang sinonim dengan jenama Lotus.

Lotus Emeya 600
Lotus Emeya 600
Lotus Emeya 600
Auto Terkini Karrus Automotive Group Lotus Cars Malaysia (LCM) Lotus Emeya 600 Lotus Emeya 900 Lotus Emeya hyper-GT
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.