• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Exige S Versi Automatik Dilancarkan

Lotus Exige S Versi Automatik Dilancarkan

August 20, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Lotus Exige S_pandulajudotcomSELEPAS memperkenalkan Lotus Exige S transmisi manual awal tahun lalu, Lotus Cars Malaysia menambah lagi ahli keluarga baharu dengan membawa masuk versi transmisi automatik untuk memberi lebih banyak pilihan buat peminatnya.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Exige S Coupe dan Exige S Roadster, harga jualan bermula dari RM427,777 bergantung kepada aksesori tambahan dipilih.

Lotus Exige S_pandulajudotcomPRESTASI:

Sama seperti 'abangnya', Exige S versi automatik dijana jantung 3.5L V6 supercharge yang mampu menghasilkan kuasa 345hp pada 7,000rpm dan tork  400Nm (4,500rpm).

Padanan kotak gear automatik 6-kelajuan menghasilkan pecutan sifar ke 100kmj mengambil masa 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 233kmj bagi Roadster dan 262kmj Coupe). Catatan kelajuan itu menjadikan supercar ini jentera konvertibel Lotus terpantas pernah dibangunkan.

Lotus Exige S_pandulajudotcomLUARAN:

Menyentuh rekabentuk luaran, Exige S Roadster mampu memikat sesiapa saja mendekatinya. Ia sememangnya tarikan utama Lotus yang sering dikaitkan adalah aspek rekabentuk eksotik

Exige S Roadster membolehkan anda memandu sambil menghirup udara segar dengan hanya menekan butang dua kali untuk membuka bumbung kain.

Lotus Exige S_pandulajudotcomBagi meningkatkan kemegahan pemanduan, Exige S Roadster dilengkapi sistem casis pelbagai mod dan rim aloi 17-inci di roda hadapan serta 18-inci (belakang) bersama set tayar Pirelli P-Zero Corsa.

Tugas suspensi pula diserahkan kepada double wishbones dan bar anti-goleng serta spring koil koaksial Bilstein-damped Eibach.

 

SPESIFIKASI

ENJIN 3.5L V6 supercharge

TRANSMISI Automatik 6-kelajuan

KUASA MAKSIMUM 345hp@7,000rpm

TORK MAKSIMUM 400Nm@4,500rpm

0-100KMJ 3.9saat

KELAJUAN MAKSIMUM 233kmj (Roadster) / 261kmj (Automatik)

Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom
Lotus Exige S_pandulajudotcom

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lotus Exige S, Lotus Exige S Automatik, Lotus Exige S Roadster, Lotus Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev