Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lotus Emeya Hyper-GT Lancar di Malaysia, Harga Mula RM555k!
Roda4

Lotus Emeya Hyper-GT Lancar di Malaysia, Harga Mula RM555k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEIRING pelancaran bilik pameran kedua, Lotus Cars Malaysia (Lotus Malaysia) turut memperkenalkan model hiper EV terbaharu, Emeya Hyper-GT yang hadir dalam tiga varian.

Emeya Hyper-GT adalah kenderaan elektrik (EV) versi 4-pintu pertama dibangunkan Lotus berdasarkan pengalaman pengeluar itu dalam sukan permotoran sejak 75 tahun lalu.

Berikut perincian Emeya Hyper-GT:

VARIAN, HARGA

Ada tiga varian Emeya Hyper-GT pada harga seperti berikut:

  • Emeya: RM555,000
  • Emeya S: RM643,000
  • Emeya R: RM777,000

Harga adalah tidak termasuk cukai jalan dan insurans untuk Semenanjung Malaysia dengan waranti pengilang lima tahun atau 150,000km berserta waranti bateri lapan tahun atau 200,000km (mana satu tiba dulu)

SPESIFIKASI

  • Ketiga-tiga varian Lotus Emeya memiliki dimensi sama: panjang 5,139mm, lebar 2,241mm dan tinggi 1,459mm, manakala jarak roda 3,069mm dan jarak tinggi bumi 141mm.
  • Sistem trenkuasa menggunakan motor elektrik magnet kekal (depan, dan belakang) dan sistem pacuan empat roda dengan Sistem Lotus ICC (agihan tork pintar).
  • Hanya Emeya R menawarkan transmisi 2-kelajuan, manakala dua varian lain berasaskan kelajuan tunggal.
  • Kapasiti bateri untuk semua varian kekal sama, 102kWh.
  • Pengecasan pantas (DC) 350kW daripada kadar 10-80 peratus sepantas 18 minit.

PRESTASI

Emeya

  • Output kuasa 603hp (450kW) dan tork 710Nm.
  • Kelajuan maksimum 250kmj dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat.
  • Jarak pemanduan 610km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Brek cakera 370mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan cakera 367mm dengan kaliper apung Lotus (belakang).
  • Rim aloi 20 inci dengan tayar Pirelli P- Zero 255/45 (depan), dan 285/40 (belakang).

Emeya S

  • Output kuasa 603hp (450kW) dan tork 710Nm.
  • Kelajuan maksimum 250kmj dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat.
  • Jarak pemanduan 540km mengikut WLTP.
  • Brek cakera 412mm kaliper 6-piston (depan), dan cakera 367mm kaliper apung Lotus (belakang).
  • Rim aloi 21 inci dengan tayar  Pirelli P- Zero 265/40 di depan, dan 305/35 (belakang).

Emeya R

  • Output kuasa 905hp (675kW) dan tork 985Nm.
  • Kelajuan maksimum 256kmj dengan pecutan 0-100kmj sepantas 2.8 saat.
  • Jarak pemanduan 435km mengikut WLTP.
  • Brek cakera 412mm dengan kaliper 6-piston (depan), dan cakera 367mm dengan kaliper apung Lotus (belakang).
  • Rim aloi 21 inci dengan tayar Pirelli P- Zero 265/40 di depan, dan 305/35 (belakang).
Emeya Hyper-GT Kenderaan Elektrik Lotus Cars Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.