Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm
HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

Abang HirataBy Abang Hirata07/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAMPAKNYA Emira bukan model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) terakhir Lotus apabila pengeluar itu kembali menggunakan enjin tersebut pada Eletre X Hybrid.

Melalui pengenalan teknologi hibrid terbaharu dinamakan X Hybrid, Lotus secara rasmi mengumumkan peralihan penting dalam strategi elektrifikasi.

Teknologi itu ialah sistem hibrid pertama dan tunggal di Eropah yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 952ps.

Melalui platform tersebut, Lotus berjaya menggabungkan prestasi tinggi dengan jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,200km (WLTP), sekali gus menjadi jawapan kepada isu kegelisahan jarak yang sering dihadapi pengguna kenderaan elektrik (EV).

Pengenalan Lotus Eletre X Hybrid memperluaskan lagi famili Eletre dan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen mobiliti prestasi berteraskan elektrik.

Di pasaran China, model itu dikenali sebagai FOR ME sebagai prototaip rujukan bagi teknologi berkenaan.

Nama Eletre X dipilih bagi melambangkan titik pertemuan antara prestasi elektrik, kepelbagaian hibrid dan ketulenan kejuruteraan Lotus, manakala huruf ‘X‘ merujuk kepada inovasi berinovasi dan babak baharu bagi jenama tersebut.

Trenkuasa, Keupayaan Penjana

Teras kepada sistem X Hybrid itu adalah penggunaan generator 150kW, antara paling berkuasa dalam industri automotif.

Generator tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga sekitar 25kWj per jam dalam situasi yang sesuai untuk mengecas semula bateri ketika kenderaan bergerak atau mengekalkan tahap cas ketika pemanduan santai.

Sistem trenkuasa itu mempunyai enam senario operasi yang beroperasi mengikut kelajuan, tahap pengecasan bateri (SOC) dan permintaan pemandu.

Antaranya ialah mod pemanduan:

  • Bateri elektrik pacuan semua roda (BEV AWD)
  • Hibrid selari pacuan semua roda (Parallel AWD)
  • Pengecasan ketika pegun (Idle Charging)
  • Nyah cas bersiri (Series Discharging)
  • Janaan kuasa bersiri (Series Power Generation)
  • Janaan kuasa selari (Parallel Power Generation)

Penggunaan arkitektur voltan tinggi 900V turut menyokong keupayaan cas, nyah cas tahap tinggi, dan prestasi kelajuan tinggi yang stabil.

Prestasi Motor Elektrik, Pecutan

Model rujukan (Lotus FOR ME) teknologi itu dilengkapi sistem dwi motor segerak magnet kekal (PMSM) di depan dan belakang.

Gabungan motor menghasilkan output sistem sehingga 700kW (952ps) dan tork 935Nm. Keupayaan itu membolehkan kenderaan memecut 0 – 100kmj sepantas 3.3 saat.

Walaupun tahap pengecasan bateri pada paras sekitar 20 peratus, sistem masih mampu menghantar kuasa sehingga 550kW (748ps) untuk kegunaan mendesak seperti memotong di kawasan pergunungan.

Pengurusan Tenaga, Pengecasan Ekstrem

Sistem X Hybrid merangkumi bateri kapasiti 70kWj dan kapasiti tangki petrol 52 liter. Bagi penggunaan harian, jarak pemanduan elektrik adalah sekitar 350km, manakala jarak gabungan keseluruhan mencecah lebih 1,200km.

Dari aspek pengecasan, arkitektur 900V dengan keupayaan 6C membolehkan pengecasan pantas (DC) 20 – 80 peratus sepantas 9 minit sahaja. Ada juga empat tahap brek regeneratif untuk mengumpul semula tenaga ketika pemanduan harian.

Dinamik Pengendalian, Casis

Sebagai model Lotus, aspek pengendalian tetap menjadi keutamaan. Platform itu dilengkapi bar antioleng aktif 48V yang mampu memberikan tork sehingga 1,400Nm dengan respons sepantas 10ms bagi memastikan sudut olengan badan kekal di bawah 1.5º per g.

Di belakang, terdapat spoiler aktif dengan empat posisi, iaitu Tutup, 18º, 32º dan 34º yang mampu menghasilkan daya mendap (downforce) sehingga 120kg.

Sistem suspensi udara 2-ruang dengan damper 2-injap mampu bertindak balas dalam masa 2ms untuk mengimbangi antara keselesaan dan kawalan dinamik.

Bahagian depan menggunakan sistem suspensi double-wishbone, manakala sistem brek dikendalikan kaliper brek Brembo 6-piston untuk jarak henti 100 – 0kmj dibuat dalam jarak 33.9 meter.

Tayar digunakan pula ditala khas Lotus untuk cengkaman atas trek basah dan memberikan kestabilan halaju tinggi.

Kemewahan, Teknologi Dalaman

Ruang kabin menawarkan pilihan kemasan kulit Nappa penuh, seluas kira-kira 40 meter persegi menggunakan sembilan kepingan kulit asli.

Sistem audio KEF Reference dengan 23 pembesar suara berkuasa 2,160W melalui arkitektur 7.1.4 untuk mutu bunyi mengasyikkan.

Bumbung panoramik dengan teknologi malap PDLC menawarkan 10-tahap ketelusan dan memberikan ruang kepala tambahan 30mm berbanding struktur tradisional.

Spesifikasi Teknikal Lotus Eletre X (Angka Berdasarkan Lotus FOR ME)

  • Enjin X Hybrid (Elektrik-Pertama)
  • Output kuasa 952ps, dan tork Maksimum 935 Nm
  • Pecutan 0 – 100kmj 3.3 saat
  • Motor elektrik dwi-motor PMSM 700kW (952ps)
  • Arkitektur elektrik 900V / 6C
  • Kapasiti bateri 70 kWj
  • Kapasiti tangki petrol 52 liter
  • Jarak pemanduan elektrik tulen 350 km (WLTP)
  • Jarak pemanduan gabungan 1,200km (WLTP)
  • Kadar Pengecasan DC (20 – 80 peratus) 9 minit
  • Kapasiti generator 150kW
  • Sistem brek Brembo 6-piston (depan)
  • Jarak henti 100 – 0kmj 33.9 meter
  • Sistem suspensi udara 2-ruang dan damper 2-injap
  • Daya Mendap Aerodinamik: Maksimum 120 kg
  • Sistem Audio: KEF Reference dengan 23 pembesar suara 2,160W

Spesifikasi penuh Eletre X versi Eropah akan disahkan menjelang pelancaran rasmi Jun 2026, manakala penghantaran pertama dijangka bermula suku keempat tahun ini.

elektrifikasi hibrid Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lotus Lotus Eletre Lotus Eletre X Lotus Eletre X Hybrid Lotus FOR ME Roda4 SUV Hibrid
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.