Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530
Auto Terkini

Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530

Abang HirataBy Abang Hirata25/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FASILITI pengeluaran jenama automobil ialah lokasi penting dan rahsia bagi sesebuah syarikat kerana di situlah terletak model baharu yang bakal menjengah pasaran.

Jarang sekali kilang dibuka untuk lawatan umum, kecuali ada program khas. Inilah dilakukan Lotus yang membuka kilang di Hethel, England untuk orang awam.

Kilang di Norfolk, kira-kira 16km dari selatan Bandar Norwich itu sudah beroperasi sejak 1966, tetapi program lawatan awam dihentikan pada November 2017 untuk projek pembangunan semula bernilai £100 juta (RM553 juta).

Model ikonik seperti Elise, Exige dan Evora sudah dihentikan, dan Lotus kini menumpukan perhatian pada Emira yang menjadi kereta petrol terakhir jenama itu. Selepas ini, Lotus hanya akan mengeluarkan kereta elektrik, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama.

Program lawatan itu dibangunkan  divisyen baharu, Lotus Advanced Performance, bermula 4 April lalu. Aturcara lawatan bermula dengan berkumpul di Retail Centre dengan jamuan ringan disediakan.

Di situ, pelawat akan diberikan taklimat mengenai program transformasi Lotus dan bilik pameran pada masa akan datang. Pelawat juga akan didedahkan tentang sejarah, masa kini dan masa depan Lotus.

Kemudian, barulah pelawat dibawa mengunjungi bahagian lama kilang yang juga tempat pemasangan Elise, Exige dan Evora sebelum dibawa ke barisan pengeluaran Emira.

Di situ, pelawat akan melihat sendiri proses pemasangan secara automasi, yang juga kaedah pertama dilakukan Lotus selain proses yang masih melibatkan kerja tangan. Di luar kilang, pelawat akan melihat kawasan ujian dinamik seperti litar berjarak 3.5km yang pernah digunakan pelumba terkenal seperti Jim Clark, Mario Andretti, Emerson Fittipaldi, Ayrton Senna dan ramai lagi.

Lawatan kilang Lotus Hethel diadakan dari Isnin hingga Khamis setiap minggu dengan satu kumpulan terdiri daripada lapan orang, bermula jam 10 pagi dan 2 petang yang setiap mengambil masa dua jam. Lebih istimewa, pada hari terpilih,pelawat boleh menaik taraf pakej kepada Heritage Tour. 

Program tersebut melibatkan lawatan ke Classic Team Lotus, iaitu divisyen perniagaan berasingan. terletak seberang jalan fasiliti utama Lotus. Pusat itu diuruskan Clive Chapman, juga anak kepada pengasas Lotus, Colin Chapman, yang tersimpan pelbagai model lumba klasik Lotus.

Lawatan berkenaan terbuka kepada individu berusia 10 tahun ke atas, yang mana remaja bawah 18 tahun mesti ditemani individu dewasa atau tidak lebih dua kanak-kanak bagi setiap dewasa.

Perkara menarik lain, semua lokasi lawatan boleh dilalui kerusi roda dan sebagai kenangan pelawat diberikan lanyard rekaan khas dan pin lencana. Sebarang rakaman foto tidak dibenarkan dan ini perkara biasa untuk lokasi sensitif. Dengan kos pembangunan semula bernilai RM553 juta, pelawat boleh mengunjungi kilang Lotus dengan bayaran £95 (RM530) atau £140 (RM780) untuk pakej istimewa Lotus Factory & Heritage Tour.

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia
BACA >>> Lotus Evora GT410 yang Murah dan Ekstra Selesa untuk Dipandu Hari-Hari

Auto Terkini Kilang Lotus Lotus Lotus Cars Lotus Hethel Program Lawatan Kilang
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.