Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lorenzo Jawab 11 Soalan: Rossi Paling Konsisten, Marquez Paling Agresif
Auto Terkini

Lorenzo Jawab 11 Soalan: Rossi Paling Konsisten, Marquez Paling Agresif

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAMA sembilan tahun bersama Yamaha, pemerhati MotoGP beranggapan Jorge Lorenzo bakal kekal dengan pasukan itu. Namun, pelumba Sepanyol itu mengambil jalan berbeza dan memilih untuk mencabar keupayaannya.

Jatuh, bangun, tergelincir, luka, dan pelbagai kisah malang dialaminya, tetapi masih mampu meletakkan diri dalam kelompok pelumba atasan. Bersama Ducati, Lorenzo dapat menjinakkan haiwan liar merah itu, tetapi nasib kurang menyebelahinya ketika bersama Honda. Beliau mengalami kecederaan seawal perlumbaan pertama.

Jom ikuti temu bual Lorenzo tentang apa yang dialaminya selama ini.

BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

BAGAIMANAKAH ANDA MAHU KONGSIKAN PENGALAMAN YANG  DILALUI SETAKAT INI?

Aku berdepan cabaran sukar, tetapi bila kau dapat atasinya, tentulah seronok. Jika tak, situasi akan jadi lebih susah. Tapi biasalah, hidup macam roller-coaster,  keindahan yang ada tak kekal. Aku bersama Ducati atas pilihan, tapi masuk Honda atas sebab beberapa situasi.

KENAPA SUKA PILIH JALAN YANG SUKAR?

J: Ya, betul kalau dengan Ducati sebab memang keputusan aku untuk bersama pasukan tu. Tapi dengan Honda pula sebab beberapa keadaan, dapat tawaran peluang yang bagus.

ANDA SEBENARNYA BERGELUT NAK DAPATKAN KEPUTUSAN BAGUS. ADAKAH ANDA DAN PASUKAN SUDAH CUKUP BERSABAR?

Kami berbincang dan aku dah beritahu ini semua akan jadi cabaran panjang. Sebabnya motor Honda tak penuhi gaya tunggangan aku, tambahan lagi aku cedera. Terpaksa ponteng ujian Sepang. Semua ini sukarkan aku untuk kekal dengan pelumba terbaik.

Tapi aku kena juga hadapi dengan sabar sebab setiap perkembangan kecil akan bawa kejayaan dan lebih dekat antara terbaik. Apabila itu berlaku, kita akan lihat perkara dari perspektif lain.

SEBAGAI PELUMBA YANG PERNAH JADI JUARA, BAGAIMANAKAH ANDA TERIMA HAKIKAT TIDAK MENANG?

Susah, itulah perkara paling teruk dalam hidup. Semuanya bergantung kepada perspektif macam mana kita terima keadaan itu. Apapun, aku bertuah walaupun misi sekarang bukan lagi menjadi juara.

WALAUPUN RASA PUTUS ASA?

Tak pernah. Aku ada kontrak dua tahun dan dengan langkah kecil ini aku akan pastikan dapat pengalaman lebih dan tingkatkan motivasi aku dan pasukan. Aku percaya pada masa depan, kami boleh dapatkan keputusan lebih baik.

ADAKAH ANDA LIHAT DIRI SENDIRI AKAN BERLUMBA PADA UMUR 40 TAHUN MACAM ROSSI?

Masa aku 23 tahun, aku fikir nak bersara bila dah 27 tahun, tapi sampai sekarang aku masih dalam MotoGP. Pasal berlumba umur 40 tahun susah nak cakap. Kita kena fikir tahun ke tahun.

APA YANG KAMU SUDAH DAPAT DAN KORBANKAN?

Aku hilang sikit jari kiri (ketawa), tak ada masa lapang dan tak boleh berseronok dengan kawan. Aku kena berlatih dan berkorban, tapi orang biasa pun berkorban juga setiap hari di tempat kerja. Susah nak dapat hidup sempurna. Tapi aku bertuah.

KALAU DIPUTARKAN BALIK MASA, APAKAH YANG ANDA TAKKAN BUAT?

Aku dah buat banyak silap, tetapi kau tak boleh nak ubah masa lalu dan hanya belajar daripada apa yang berlaku. Buang masa saja nak fikir.

BAGAIMANAKAN ANDA JELASKAN TENTANG RAKAN PASUKAN: VALENTINO ROSSI, ANDREA DOVIZIOSO DAN MARC MARQUEZ?

Rossi secara teknikal sama dengan aku, tepat dan konsisten. Dovizioso pula pelumba yang yakin, pintar dan tenang. Dia buat kesalahan sangat kecil, tetapi dari segi teknikal kami banyak persamaan. Marquez pula jenis lain, dia agresif dan ada cara tunggangan fizikal. Dia laju dan tak takut jatuh.

BACA >>> Vinales Juara GP Malaysia 2019, Marquez Pecah Rekod Pelumba Terbanyak Raih Mata Semusim!

SIAPA PENCABAR PALING SUKAR?

Rossi dan motor Yamaha datang begitu natural, begitu juga aku. Kami berdua bercita-cita besar dan memiliki tahap yang sama serta banyak kali bersaing sesama sendiri menentang Dovizioso. Ketika di Yamaha, aku paling laju, tetapi berlainan pula ketika bersama Ducati.

Doviziosio ada pengalaman lebih baik dengan motor Ducati, tetapi penghujungnya aku kalahkan dia. Tahun lepas, kalau tak cedera, aku mampu tamatkan kejuaraan hampir dengan dia dari segi ranking.

Lepas tu, muncul Marquez. Dia pencabar sukar. Masih muda, 26 tahun dan fizikal masih kuat. Ada pengalaman tujuh tahun dengan Honda, pasti dia tahu lebih baik. Semestinya Marquez salah seorang daripada dua atau tiga bakat terbaik dalam sejarah motosikal.

Susah nak capai tahap macam dia, tapi aku fikir dengan masa aku boleh cuba dan buat. Pendek kata lagi senang tukar motor daripada bina keluarga.

BAYANGKAN LORENZO BILA SUDAH TAK BERLUMBA?

Kebebasan tentunya penting. Lebih banyak kebebasan, lebih bahagia. Kau akan sangat yakin sebelum ambil langkah mula berkeluarga atau dapat anak. Tapi lebih rumit berbanding tandatangan kontrak untuk dapatkan motor baharu (ketawa). Bila hari berlumba tamat, aku nak melancong seluruh dunia dan cari hotel, pantai dan restoran terbaik. Lepas itu baru fikir nak kahwin.

BACA >>> Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit

SUMBER: GPOne

2018 honda 2020 MotoGP Andrea Dovizioso Honda Jorge Lorenzo Marc Marquez MotoGP roda2 Yamaha
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.