Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loncin GP300 – ‘Ducati Panigale Mini’ Terbaharu dari China
Auto Terkini

Loncin GP300 – ‘Ducati Panigale Mini’ Terbaharu dari China

ZYBy ZY02/04/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MACAM pernah kulihat, tapi di mana ya?”

Mungkin anda belum kenal nama ini, tetapi Loncin ialah antara pengeluar motosikal dari China yang mampu menghasilkan jentera dua roda dengan rekaan tersendiri, bukan klon, ciplak atau plagiat daripada mana-mana jenama luar.

Lihat saja sportbike aras mula atau entry-level yang  dilancarkan pengeluar itu pada penghujung Mac lalu. Rupanya tampak seakan mirip superbike terkenal Itali, tetapi jika diteliti lebih dekat, model itu memang tampil dengan rekaan tersendiri.

BACA >>> #BIMS2018: Streetbike GPX Razer 220 Lancar di Thailand ฿69,500 (RM8.6k) Sahaja

Loncin GP300 ialah sportbike fairing penuh aras mula yang didatangkan dengan enjin silinder tunggal 4-lejang, 292cc penyejukan cecair.

Bersama suntikan bahan api dan dihubungkan kepada transmisi 6-kelajuan, agak mengecewakan apabila angka kuasa yang dinyatakan pengeluar cuma 29hp @ 8,500rpm, dan tork 25Nm @ 7,000rpm; cuma setanding jentera 250cc dengan sesaran enjin lebih rendah.

Bagaimanapun, kekecewaan itu mungkin mampu diubati dengan ciri yang tiada pada model sekelas lain seperti lampu utama dan brek LED penuh, panel meter LCD, swingarm ‘alien’ (ya, rujuk sendiri spesifikasi rasmi) dan tangki bahan api berkapasiti 16 liter.

Jika itu masih tidak meyakinkan, Loncin GP300 khabarnya bakal ditawarkan pada harga sangat rendah, iaitu sekitar RM12,000 sahaja. Malangnya, kepada anda yang mungkin berminat, maaflah, ‘Ducati Panigale mini’ ini cuma ditawarkan untuk pasaran Eropah.

Berita baik? Mungkin masih ada harapan (walaupun tipis) untuk motosikal ini dibawa ke pasaran tempatan.

DEMON 150GR VERSI DEWASA?

Loncin GP300

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi, GPX Thailand yang sebelum ini ‘bikin kecoh’ dengan GPX Demon 150GN dan Gentleman 200 yang khabarnya bakal dibawa masuk ke Malaysia, berkemungkinan besar menjadi pengedar utama jenama Loncin untuk pasaran Asia Tenggara. Ini jelas dapat dilihat pada rekabentuk Loncin GP300 yang sangat mirip ‘Panigale Mini’ buatan GPX itu, iaitu Demon 150GR.

BACA >>> GPX Demon 150GN & Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!

Soalnya, bilakah model itu akan menjengah masuk? Terbaharu, GPX baru saja melancarkan streetbike Razer 220 yang kami jangka dijenamakan semula daripada salah satu streetbike Loncin, LX250-15 CR4.

Mungkinkah GP300 juga bakal menyusul tidak lama lagi? Nantikan pengumuman seterusnya.

SUMBER: Loncin Industries

Demon 150GN Demon 150GR Ducati Ducati Panigale GPX Gentleman 200 Loncin Loncin GP300 Loncin LX250 roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.