Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Projek ECRL Mungkin Tertunda Akibat Jenayah Curi Kabel
Auto Terkini

Loke: Projek ECRL Mungkin Tertunda Akibat Jenayah Curi Kabel

SyafieBy Syafie24/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke dan ECRL
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa tindakan undang-undang lebih tegas terhadap pencuri kabel, terutama melibatkan projek infrastruktur kritikal negara seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata, perbuatan mencuri kabel bukan jenayah kecil, tetapi ancaman serius kepada keselamatan awam dan kebangsaan, apatah lagi jika menjejaskan operasi sistem pengangkutan utama.

Saya sudah hubungi Menteri Dalam Negeri dan minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas. Ini bukan kes curi biasa, ini isu keselamatan umum.” – Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan

Kecurian Kabel Jejas Projek ECRL, Jadual Ujian Tren Terancam

Peta laluan ECRL

Gesaan tersebut timbul berikutan kebimbangan disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Rail Link (MRL), Darwis Abdul Razak, semalam, berhubung insiden kecurian kabel di beberapa lokasi sepanjang jajaran ECRL di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Antara risiko utama akibat kecurian kabel adalah:

  • Kenaikan kos baik pulih dan penggantian
  • Gangguan kepada jadual ujian dan pentauliahan tren ECRL yang dijadual bermula Jun 2026
  • Kelewatan siap keseluruhan projek infrastruktur mega

Gesaan Ambil Tindakan di Luar Seksyen Kesalahan Curi Biasa

Loke menegaskan, undang-undang sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk mengatasi jenayah yang memberi kesan besar kepada keselamatan negara.

Kita minta tindakan diambil bukan sekadar bawah kesalahan mencuri biasa. Gunakan undang-undang lebih ketat jika perlu.”

Kesimpulan

Kes kecurian kabel bukan lagi isu remeh, tetapi mengancam kestabilan dan perancangan projek mega seperti ECRL yang bakal menjadi tulang belakang rangkaian pengangkutan negara.

Loke menggesa tindakan undang-undang lebih keras digunakan supaya penjenayah diberi pengajaran dan keselamatan sistem rel negara dapat dijamin tanpa gangguan.

SUMBER: BeritaHarian

Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.