Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Perkhidmatan Aerotrain KLIA Kembali Operasi 1 Julai Ini!
Auto Terkini

Loke: Perkhidmatan Aerotrain KLIA Kembali Operasi 1 Julai Ini!

SyafieBy Syafie23/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aerotrain KLIA kembali operasi 1 Julai 2025
PENANTIAN hampir setahun bakal berakhir apabila perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan akan beroperasi semula jam 10 pagi, pada 1 Julai 2025.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, selepas menyaksikan sesi pandu uji sistem baharu Aerotrain di Bangunan Terminal 1, KLIA, Sabtu lalu.

Saya gembira memaklumkan sistem Aerotrain kini memasuki fasa akhir ujian. Jika semua berjalan lancar, perkhidmatan akan disambung semula pada 1 Julai.”

Sistem Baharu, Ujian Akhir dan Keutamaan Keselamatan

Aerotrain KLIA

Menurut Loke, antara elemen penting sedang diuji ialah simulasi langsung Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) dan koordinasi bersama petugas berkaitan.

Keselamatan adalah keutamaan. Semua ujian dipantau Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Sebab itu kita ambil masa untuk pastikan semuanya benar-benar selamat,” katanya.

Perkhidmatan Bas Pengantara Kekal Buat Sementara

Buat masa ini, sistem bas pengantara (feeder bus) yang digunakan sejak gangguan pada Mac 2023 masih diteruskan sebagai sokongan kepada operasi Aerotrain.

Jika semua berjalan lancar dan stabil, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan tentukan sama ada perkhidmatan bas akan dikekalkan atau dihentikan.”

Persiapan Sambut Tahun Melawat Malaysia 2026


Loke menyifatkan penyambungan semula Aerotrain ini tepat pada masa, terutamanya bagi acara penting rantau Asean tahun ini dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

KLIA ialah pintu masuk utama negara. Kita mahu pastikan proses transit di lapangan terbang lebih lancar dan menyenangkan pelancong.”

Spesifikasi Aerotrain Baharu

  • Tiga gerabak setiap set, kapasiti 90 penumpang satu gerabak (270 orang setiap set)
  • Masa transit bawah 2 minit antara bangunan terminal dan satelit
  • Dua set beroperasi pada waktu puncak
  • Satu set beroperasi antara 12 tengah malam hingga 5 pagi

Kesimpulan

Setelah hampir setahun tergendala, pengumuman rasmi pembukaan semula perkhidmatan Aerotrain KLIA pada 1 Julai menjadi satu langkah penting dalam menaik taraf kemudahan lapangan terbang negara.

Dengan kapasiti tinggi dan masa transit pantas, sistem baharu ini bakal menyokong misi Malaysia menjadi hab penerbangan serantau menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

SUMBER: MalayMail | FB KLInternationalAirport

Aerotrain KLIA Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Tahun Melawat Malaysia 2026
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.