• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Mangsa Kebakaran Putera Heights Boleh Cetak Dokumen Kenderaan Tanpa Laporan Polis

Loke: Mangsa Kebakaran Putera Heights Boleh Cetak Dokumen Kenderaan Tanpa Laporan Polis

April 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) telah mempermudah urusan mangsa kebakaran di Putra Heights dengan membenarkan pencetakan semula dokumen penting kenderaan tanpa perlu laporan polis.

Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses pemulihan, terutamanya dalam mendapatkan dokumen seperti lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM), dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk tuntutan insurans.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa mangsa hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan untuk mendapatkan dokumen tersebut secara percuma. Biasanya, laporan polis diperlukan, namun dalam kes ini, proses tersebut dipermudahkan.

Loke berkata demikian selepas melawat mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Khamis.

Selain itu, sebanyak 30 buah kenderaan tambahan daripada syarikat swasta telah disediakan untuk mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang disumbangkan sekurang-kurangnya 80 buah. Kerajaan turut berusaha mendapatkan lebih banyak sumbangan kenderaan daripada pihak swasta.

Anthony juga memaklumkan bahawa sekitar 70 motosikal rosak atau musnah dalam kebakaran itu dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan tajaan motosikal untuk membantu pemilik yang terjejas.

Inisiatif ini adalah usaha bersama antara kerajaan, agensi berkaitan, dan sektor swasta untuk membantu mangsa bangkit semula.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my