Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: 4,295 Notis Dikeluarkan untuk Pemasangan Peranti Had Laju
Auto Terkini

Loke: 4,295 Notis Dikeluarkan untuk Pemasangan Peranti Had Laju

SyafieBy Syafie23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAAM jadi badan berkanun bebas

SEBANYAK 4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan (Speed Limiter Device – SLD) sudah dikeluarkan setakat ini kepada pemilik kenderaan berat di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Langkah ini, menurut beliau, penting untuk memastikan semua kenderaan berat mematuhi keperluan pemasangan sistem berkenaan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Apabila notis dikeluarkan, mereka diberi tempoh 14 hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa SLD telah dipasang, kemudian kembali ke JPJ untuk disahkan.”

Jika mereka berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, tiada tindakan lanjut atau saman dikenakan,” katanya.

SLD Mula Tunjuk Kesan Positif

Menurut Loke, tindakan penguatkuasaan terhadap pematuhan pemasangan SLD kini menunjukkan kesan positif apabila semakin ramai pengusaha kenderaan berat tampil memasang sistem itu selepas menerima notis.

Peranti had kelajuan ini berfungsi mengawal kelajuan maksimum kenderaan berat – antara langkah utama untuk mengurangkan risiko kemalangan serius melibatkan lori dan bas di lebuh raya.

JPJ Giat Pantau Pemakaian Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

Selain pematuhan SLD, Loke turut menegaskan bahawa JPJ kini aktif menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar dalam bas.

“Ia tidak mengira sama ada bas itu milik institusi pengajian tinggi (IPT), bas ekspres atau bas persiaran.
Selagi bas itu dilengkapi tali pinggang, pematuhan adalah wajib,” jelasnya.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh aspek keselamatan penumpang dalam semua jenis pengangkutan awam.

Pejabat Baharu JPJ Bentong Dibuka Rasmi

Pejabat baharu JPJ Bentong di Jalan Chamang itu dibangunkan atas tanah seluas 0.63 hektar, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos pembinaan RM10.4 juta.

Kerja pembinaan bermula pada 20 Mac 2023, siap dan diserahkan kepada JPJ pada 6 Ogos lalu, sebelum mula beroperasi sepenuhnya pada 8 September 2025.

Kerajaan Prihatin, Rakyat Selamat

Langkah proaktif Kementerian Pengangkutan menerusi penguatkuasaan pemasangan SLD dan pemakaian tali pinggang keledar dalam bas menunjukkan komitmen kerajaan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, terutama bagi kenderaan berat.

Dengan pendekatan tegas tetapi berperingkat, Anthony Loke yakin kesedaran dan pematuhan industri pengangkutan terhadap keselamatan akan terus meningkat — menjadikan jalan raya Malaysia lebih selamat untuk semua pengguna.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Peranti Had Kelajuan (SLD)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.