Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LLM: 2.3 Juta Kenderaan Sehari di Tiga Lebuh Raya Utama Sempena Aidilfitri
Auto Terkini

LLM: 2.3 Juta Kenderaan Sehari di Tiga Lebuh Raya Utama Sempena Aidilfitri

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize19/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangka jumlah peningkatan trafik hingga 2.3 juta kenderaan sehari di tiga lebuh raya utama, bermula hari ini (19 April) hingga 7 Mei sempena Aidilfitri.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jangkaan jumlah peningkatan trafik itu adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1.

Bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, LLM mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah meminimumkan kesan peningkatan trafik.

Antaranya mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula semalam hingga 7 Mei depan.

Selain itu, mengeluarkan cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi pengguna lebuh raya utama berkenaan bagi membantu merancang perjalanan, dan memaparkan maklumat trafik serta peringatan menambah nilai Touch n’ Go atau e-Wallet sebelum memulakan perjalanan di papan tanda elektronik (VMS).

Kenyataan itu memaklumkan syarikat konsesi lebuh raya juga diminta menempatkan petugas di plaza tol bagi membantu pengguna dalam memastikan kelancaran trafik sepanjang inisiatif tol percuma, selain memastikan sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar dengan penambahan lorong tol di kawasan dikenal pasti trafik tinggi.

Penggunaan bahu jalan sebagai lorong tambahan di lokasi yang dikenal pasti di PLUS supaya aliran trafik lebih lancar terutamanya di kawasan hot spot kesesakan dan kawasan mendaki dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata kenyataan itu.

LLM juga memaklumkan akan memastikan syarikat konsesi menyediakan anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) secukupnya bagi menangani sebarang insiden, selain menyediakan kemudahan tambahan di parkir kereta dan tandas mudah alih di beberapa kawasan rehat dan rawat sepanjang PLUS serta Lebuhraya Pantai Timur 2.

LLM berkata bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma bermula hari ini hingga 21 April, dan 24 April, kad Touch n’ Go atau SmartTAG perlu disentuh di plaza tol, manakala pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.

Kenyataan itu memaklumkan Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi 24 jam bermula 19-26 April bagi menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna lebuh raya.

BACA >>> PM Umum Tol Rahmah Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri
BACA >>> Diskaun Semua Saman Trafik PDRM Dari 21 April – 21 Mei 2023, Hanya Bayar RM50!

SUMBER: Bernama

2023 Auto Terkini Hari raya aidilfitri Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Lebuhraya Pantai Timur 1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Lembaga Lebuhraya Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) LLM
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

11/03/2026
Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.