Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
Auto Terkini

Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif

Han OthmanBy Han Othman14/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
APABILA sebut Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ramai akan terus terbayangkan perlumbaan bertaraf dunia seperti Formula Satu (F1) dan Kejuaraan Dunia MotoGP. Namun realitinya, litar kebanggaan negara itu jauh lebih daripada itu.

Dibina berserta fasiliti moden bertaraf antarabangsa, lokasi strategik dan perkhidmatan profesional, SIC ialah platform serbaguna untuk pelbagai jenis acara dari aktiviti automotif, hingga majlis korporat dan pelancaran produk.

Logo SIC

Sebagai media automotif yang kerap hadir ke SIC untuk acara automotif dan permotoran, termasuk hari trek (track day), kami di PanduLaju boleh mengesahkan yang tempat ini memang ‘kelas atas’.

Jom kita bongkar apa yang ditawarkan SIC kepada anda yang mungkin sedang mencari lokasi terbaik untuk apa saja acara.

Litar Bertaraf Dunia, Bukan Sekadar Untuk Perlumbaan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Dibuka pada 1999, SIC adalah antara litar pertama di Asia yang direka arkitek terkenal dari Jerman, Hermann Tilke dengan panjang trek 5.543km, 15 selekoh teknikal dan dua laluan lurus utama sejauh hingga 920 meter, trek ini memang sesuai untuk segala jenis acara pemanduan, bukan semata-mata perlumbaan profesional.

Tapi bukan trek saja yang padu, fasiliti teknikal juga lengkap. SIC ada:

  • Laluan Pit (pit lane) dan Padok Luas, disokong sistem keselamatan terkini
  • Bilik Kawalan Lumba (Race Control Room), dengan peralatan pemasaan (timing) dan telemetri
  • Marshal dan Perkhidmatan Perubatan Siap Sedia, termasuk ambulans dan helipad

Anda boleh menganjurkan sesi uji jentera, demonstrasi kenderaan, atau sekadar mahu merasai sendiri selekoh Sepang yang ikonik. Ya semuanya boleh!

Hari Trek untuk Semua – Tidak Perlu Lesen Pelumba

SIC membuka peluang kepada pemilik kereta dan motosikal untuk merasai sendiri litar sebenar, melalui pelbagai program seperti:

i. Hari Trek Terbuka (Open Track Day)

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Ini peluang untuk orang awam mencuba jentera masing-masing di trek Sepang tanpa tekanan persaingan. Ada sesi khusus untuk motosikal, kereta dan juga EV. Bayaran berpatutan, dan keselamatan pula terjaga.

ii. Hari Trek Persendirian (Private Track Day)

Sesuai untuk kelab kereta, syarikat atau individu yang mahu menyewa trek secara eksklusif. Anda boleh tentukan jadual, peserta dan aktiviti sendiri.

iii. Hari Trek Basikal Terbuka

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Jika anda lebih sukakan aktiviti sihat, SIC juga membuka trek kepada penunggang basikal. Bayangkan berkayuh atas trek sama yang digunakan jentera MotoGP. Memang rare!

Kami di PanduLaju sendiri sudah beberapa kali menyertai sesi track day di sini yang dianjurkan banyak pengeluar automotif temnpatan dan luar negara. Pengalaman adrenalin di trek Sepang memang sukar dilupakan, lebih-lebih lagi ketika melayan selekoh 9, 10 dan 11. Kena cuba baru tahu!

Fasiliti Acara dan Korporat yang Lengkap, Luas, dan Selesa

SIC bukan saja mantap atas trek, tetapi juga cemerlang dalam aspek acara. Kalau anda mahu menganjurkan majlis rasmi, seminar, pameran atau majlis pelancaran, inilah lokasi paling tepat untuk dipilih.

Antara ruang utama tersedia:

i. Paddock Club

Terdiri daripada empat dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200-700 tetamu dengan dinding kaca penuh untuk tetamu menyaksikan aktiviti trek secara langsung sambil duduk selesa dalam dewan berkarpet dan berhawa dingin. Dewan ini sesuai untuk sidang media, majlis gala, resepsi perkahwinan eksklusif atau sesi pelancaran.

ii. Corporate Suite

Ruang eksklusif seluas 171 meter persegi ini dilengkapi sofa, pantri, tandas peribadi dan paparan TV. Suite ini sangat sesuai untuk mesyuarat tertutup, bilik tunggu VIP atau bilik istirahat pasukan. Berkaraoke pun boleh tau!

iii. Kawasan Beli-Belah (Mall Area) dan Pameran Terbuka

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Jika menganjurkan acara besar seperti konvoi, karnival atau pameran automotif, ruang terbuka di mall area ini cukup luas untuk menempatkan reruai (booth), pentas utama dan trak makanan (food truck).

Driving Experience Centre (DEC) – untuk Latihan dan Simulasi Pemanduan

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Satu lagi kemudahan unik di SIC ialah Driving Experience Centre (DEC), iaitu kawasan latihan pemanduan selamat dan kemahiran teknikal. Antara aktiviti boleh dijalankan adalah:

  • Latihan brek kecemasan dan elak halangan (emergency braking & evasive maneuver)
  • Ujian kelajuan rendah dan kawalan kenderaan
  • Program latihan keselamatan korporat dan profesional

Inilah lokasi terbaik untuk syarikat automotif, pusat latihan pemanduan atau agensi Kerajaan menjalankan program pemanduan berhemah dan teknikal.

Aktiviti Lain Boleh Dibuat di SIC

Selain acara berkenderaan dan dewan, SIC juga menawarkan beberapa program menarik seperti:

  • Circuit Tour: Lawatan jelajah ke kawasan litar, Race Control dan pit lane
  • Taxi Ride: Naik kereta prestasi tinggi dengan pemandu profesional
  • Go-Kart: Litar karting tersedia melalui SIC Motorsports Park
  • Bus Tour dan Eduvisit: Untuk pelajar dan institusi pendidikan

Acara skala kecil pun boleh diadakan di SIC seperti majlis hari keluarga, fun run, hari sukan syarikat, atau penggambaran video.

Lokasi Strategik, Servis Taraf Dunia

Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Dari segi akses, SIC memang banyak kelebihan dengan lokasi terletak hanya 10 minit dari KLIA dan kira-kira 85km dari Kuala Lumpur yang mudah dicapai tetamu tempatan dan antarabangsa. Kemudahan seperti parkir luas, Wi-Fi, surau dan fasiliti mesra OKU menjadikan pengalaman semua orang lebih selesa.

Paling penting, pasukan pengurusan SIC sangat profesional dan berpengalaman yang mana anda akan dibantu A hingga Z dari perancangan, sokongan teknikal, keselamatan hingga pelaksanaan penuh acara.

SIC, Litar untuk Semua!

Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Jika anda kini sedang mencari tempat yang boleh memberikan impak besar kepada acara anda, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah jawapannya: Di sini anda boleh lakukan:

  • Track Day
  • Pelancaran produk
  • Program latihan teknikal
  • Acara korporat atau sukaneka syarikat
  • Pameran automotif, perhimpunan atau karnival

SIC bukan sekadar tempat perlumbaan, tetapi juga pentas untuk mencipta pengalaman luar biasa dengan fasiliti mantap, servis padu dan latar ikonik.

Mahu tahu lebih lanjut atau mahu tempah tarikh?

Layari www.sepangcircuit.com, atau hubungi terus talian +603-9212 8338 atau WhatsApp +6012-755 5732 untuk mendapatkan sebut harga, slot dan idea acara yang sesuai. Jom realisasikan acara impian anda di SIC. Pasti puas hati!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktivit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Auto Terkini
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

30/03/2026
Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

30/03/2026
Petronas logo
Auto Terkini

Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

30/03/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

30/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.