• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lima Maut, Remaja 16 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen

Lima Maut, Remaja 16 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen

January 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana memandu tanpa lesen hingg menyebabkan kemalangan maut yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru, Kuching, Sarawak, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suspek hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan sebelun merempuh dua motosikal dan dua kereta.

Kemalangan tersebut menyebabkan empat mangsa, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 16 dan 45 tahun maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan.

Mohd Farhan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082-259900 atau melapor ke mana-mana balai polis berhampiran.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Jalan Kuching, kemalangan maut, Polis Daerah Kuching

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev