Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus LM500h, LM350h 2024 Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM1.2j
Roda4

Lexus LM500h, LM350h 2024 Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM1.2j

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Lexus LM 2024 generasi kedua untuk pasaran Malaysia yang didatangkan dalam dua pilihan varian:

  • Lexus LM500: tempat duduk 2-2 untuk empat penumpang – RM1,468,000
  • Lexus LM350h: tempat duduk 2-2-3 untuk tujuh penumpang – RM1,228,000

Berikut perincian spesifikasi Lexus LM 2024:

TRENKUASA

Didatangkan dengan dua trenkuasa hibrid (HEV) cas sendiri yang dibangunakn Toyota. Lexua sudah mula memperkenalkan teknologi hibrid pada model jenama itu sejak 2005 menerusi RX400h sebagai model mewah pertama dunia menawarkan trenkuasa itu.

Lexus LM350h

  • LM350h dijana enjin aspirasi natural (NA) petrol 4-silinder sebaris 2.5L VVT-iE dengan hantaran bahan api tekanan tinggi daripada sistem suntikan bahan api terus D-4S.
  • Output kuasa 190hp @ 6,000rpm, dan tork 239Nm @ 4,300rpm-4,500rpm.
  • Turut menggunakan siri sistem hibrid sebaris Parallel Hybrid System (PHS) yang menawarkan keseimbangan antara pecutan prestasi pemanduan dan ekonomi bahan api terbaik menerusi gabungan enjin responsif tinggi dengan motor tunggal output tinggi di depan (182hp, 270Nm)
  • Output gabungan menghasilkan kuasa setinggi 250hp dan hanya roda depan dipacu transgandar hibrid menerusi Transmisi Variabel Berterusan Kawalan Elektronik (eCVT)

Lexus LM500h

  • LM500h pula dijana sistem hibrid sebaris Parallel Hybrid System (PHS) dengan enjin 4-silinder 2.4L Dual-VTTi dengan pengecas turbo dan intercooler dan sistem suntikan bahan api terus D-4ST.
  • Output kuasa 275hp @ 6,000rpm, dan tork 460Nm @ 2,000-3,000rpm. Tambahan kuasa dan tork daripada motor dari gandar depan (87hp, 292Nm) dan gandar belakang (103hp, 169Nm), manakala output kuasa keseluruhan sistem hibrid 371hp yang diagihkan kepada roda depan dan belakang.
  • Transmisi automatik anjakan terus (Direct Shift Automatic Transmission, DSAT) 6-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) DIRECT4.

Kedua-dua varian dilengkapi lima mod pandu: Normal, Eco, Sport, Custom, dan Rear Comfort.

Kedua-dua varian menggunakan pek bateri nikel besi hidrida (NiMH) rintangan rendah dan output tinggi yang dipasang pada bahagian tengah kenderaan.

Bateri akan dicas sendiri ketika bergerak tanpa perlu mencari stesen cas seperti model hibrid plug-in (PHEV).

LUARAN

  • Ditawarkan dalam empat pilihan warna: Graphite Black Glass Flake, Sonic Titanium, Sonic Quartz, dan Sonic Agate.
  • Dibina berasaskan konsep rekabentuk ‘Elegan Bermaruah’ (Dignified Elegancy) dengan luaran ‘Episod Baharu’ (Next Chapter) yang memiliki identiti dan profil badan unik.
  • Memiliki dimensi panjang 5,125mm (85mm lebih panjang daripada model terdahulu), lebar 1,890mm (40mm lebih lebar), dan bumbung  45mm lebih tinggi, manakala jarak roda kekal 3,000mm walaupun menggunakan platform berbeza.
  • Menggunakan platform kenderaan penumpang Lexus GA-K dengan casis yang lebih ringan dan kuat serta memilik pusat graviti (CoG) rendah bagi meningkatkan pengendalian dan kestabilan.
  • Aerodinamik dipertingkat, terutama bahagian depan dengan kadar pekali seretan antara 0.33 dan 0.34. Ini dilakukan dengan meminimum jurang antara cermin depan dan pilar depan, termasuk membentuk semula beberapa bahagian seperti sudut bampar dan bingkai cermin serta memasang sirip regulator aliran udara.

  • Imej ‘Spindel Grille’ kekal menjadi signatur dengan rekabentuk gril tanpa frem yang disepadukan bersama bampar depan bersama efek satin.
  • Tiga lampu utama LED projektor prestasi tinggi baharu, dengan rekaan signatur tirus yang disepadu bersama lampu siang (DRL) LED dan lampu signal belok LED.

  • Di belakang, lencana ‘L’ kini digantikan dengan teks ‘LEXUS’ dengan lampu belakang LED horizontal yang melintang sepanjang pintu but. Juga ada bar lampu di atas teks ‘LEXUS’ untuk menambah kejelasan pandangan dan meningkatkan imej ‘classy’ MPV mewah ini.

  • Rim sport aluminium multi-jejari 19-inci.
  • Kapasiti ruang but 752 liter untuk varian LM500h, dan 1,191 liter (LM350h).

DALAMAN

  • Varian LM500h memiliki 4-kerusi yang menumpukan kepada dua kerusi penumpang belakang dengan partisyen panel kaca yang memisahkan seksyen depan, dan boleh dinaikkan dan diturunkan, termasuk dimalapkan untuk tambahan privasi.
  • Kerusi penumpang LM500h diilhamkan berasaskan kabin pesawat udara kelas pertama.
  • Skrin lebar bersaiz 48-inci, skrin kluster digital 12.3-inci, skrin infotainment 14-inci dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto berwayar.
  • Ada ruang barang bawah lantai untuk varian LM500h.
  • Tempat duduk baris ketiga LM350h boleh dilipat ke sisi untuk ruang lebih luas.
  • Bahagian partisyen dibuat daripada frem magnesium tuang-terap (die-cast) untuk eskstra rigid dan turut memuatkan paparan skrin lebar 48 inci.
  • Ada 14 tona dan lima tema lampu ambien: Healing, Relaxing, Arousing, Focusing dan Exhilirating. Lampu bayang juga ada pada bahagian lantai untuk LM500h.
  • Ada dua bumbung suria dengan peneduh matahari elektrik yang boleh dibuka dan ditutup berasingan.
  • Tirai pelindung cahaya matahari
  • Sistem audio Mark Levinson.
  • Sistem Kawalan Bising Aktif (Active Noise Control, ANC).
  • Kerusi boleh laras dengan sokongan postur badan
  • Perehat kaki Ottoman dengan fungsi urut, dan ventilasi.
  • Meja boleh lipat dan alat kawalan jauh panel multi-operasi belakang mudah alih.

CIRI KESELAMATAN

Dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju dengan ciri pemanduan autonomi yang diklasifikasi SAE Tahap 2, dalam dua fungsi utama:

  • Pemanduan Termaju (Advanced Drive) – boleh digunakan pada halaju atas 40kmj, terutama ketika trafik sesak, yang beroperasi apabila ciri Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Bantuan Jejak Lorong (LTA) diaktifkan.
  • Parkir Termaju (Advanced Park) – Saiz badan besar bukan lagi jadi masalah. Sistem automatik penuh membolehkan MPV ini diparkir tanpa penglibatan pemandu untuk kawalan streng, brek, dan pecutan, termasuk menukar gear.

Lexus LM 2024S serba baharu ini turut dilengkapi sistem keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+) generasi terbaharu (kedua) yang disepadukan dengan sistem Bantuan Pemandu (Driver Assistance) dan Keselamatan Aktif (Active Safety).

Sistem pemanduan, parkir dan keselamatan berfungsi dengan bantuan empat kamera dan 12 sensor ultrasonik sekitar MPV ini. Berikut antara ciri bantuan pemandu diberikan adalah:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS).
  • Bantuan Simpang (Intersection Assistance) – berfungsi sama seperti ciri Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA). Ciri ini berfungsi mengesan trafik dari arah bertentangan dan laluan sedang datang.
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM) menyediakan paparan 360º di kawasan sekeliling MPV, termasuk mensimulasikan pandangan dari atas. Paparan sudut pandang boleh dipilih untuk membantu pemandu melalui ruang sempit atau memarkir kenderaan.

Ciri keselamatan pasif terdiri daripada:

  • 7 beg udara SRS (6 beg udara untuk LM500h).
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Ada kamera dalam kabin untuk mengesan arah dan ekspresi muka pemandu untuk menentukan situasi yang boleh menjejaskan pemanduan.
  • Hendal pintu luar menggunakan sistem e-Latch dengan fungsi Bantuan Keluar Selamat (Safe Exit Assist, SEA)
Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) LEXUS 2024 lexus lm 350 Lexus LM 500 Lexus Malaysia MPV MPV Mewah Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Penunggang Filipina isi petrol
Auto Terkini

Konflik Timur Tengah: Harga Minyak Naik Berperingkat di Filipina

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.